dD celah kehidupan 104: Faizal (Jengka)

 

11/2/19: Mohd Faizal B. Abd Razak (33), A-51, Felda Raya Jengka 14, Bandar Jengka 14, Pahang. 

Generasi ke 2 peneroka felda. Anak muda bujang ini di potong beberapa jari kaki kirinya kerana gout, kemudian kaki kanan pula di potong atas lutut (AK), akibat kencing manis pada 2/2/18. 

Ini MENGUBAH rutin hidupnya:

♿️Tukang sembelih ayam di pasar borong Jengka ini hilang mata pencarian

♿️Kaki pancing ini hilang sungai dan tasik… hanya berlegar lesu dengan kerusi roda di ruang rumah

♿️urusan diri bergantung kepada kakak dan anak saudara yang berpindah tinggal di rumah tinggalan mak ayah mereka (mereka berpindah ke sini untuk menjaganya). 

Kakaknya (Aimi), di serang stroke sewaktu menjaga Faizal di hospital Temerloh….

Anak saudaranya Md Khaidir, memberi maklumat keperluan kaki palsu Faizal kepada dD…

Dia datang ke bengkel pada 25/3/19 untuk fitting

“SAIZ BADAN SAYA NI SUSAH SIKIT”

Saiz badannya besar, “120 ke 130 KG kot, dah lama tak timbang” katanya. “susah sikit”

  1. Datang dari Jengka menaiki bas bersama abangnya. “Naik tangga bas tu susah betul… turun mudah sikit”
  2. Ini musim panas, “kat rumah di jengka, waktu siang macam duduk dalam oven… tapi tak boleh keluar rumah, kerusi roda ni rasa berat nak kayuh”
  3. Fitting dan berjalan di palang selari … beberapa kali bengkungnya terlucut pelekat valcro yang biasa di gunakan  “nanti di jengka, saya nak jahit semula.. nak pakai kepala talipinggang”. 

SUKAR TIDUR, FIKIRAN MENERAWANG

“Kerap tak dapat tidur, selalunya hingga jam 2 pagi… kemudian terjaga jam 4.00 pagi’. Masa  tak lena itu, berbagai perkara datang dan bermain  di fikiran. Saya tak mahu berfikir … tapi dia datang juga, susah nak hapuskan

174964A6-154B-4EA7-8DBA-6D394887168F

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close