
PERCUMA UNTUK MU
(dibiayai PruBSN Prihatin)
5/12/18: Muhammad Syahmir B. Ibrahim (22), No.661, Regrouping Area, Menglembu,Perak/No 37, Persiaran Jati 7, Taman Jati Jelapang, Ipoh.
NAK KAKI UNTUK BEKERJA
“OKU sukar nak dapat kerja. Tapi saya dah di janjikan kerja mulai januari jika ada kaki palsu. kerja membantu kanak-kanak jika mereka datang ke program syarikat di pasaraya Mydin Meru, dekat dengan rumah yang di sewa keluarga saya. Sebab tu saya cuba datang secepat yang boleh” Dia datang dengan meminta ikhsan rakannya membawanya dari Ipoh ke bengkel dD di Seri kembangan, fitting, selepas saja selesai, terus bertolak balik ke Ipoh.
🇲🇾moga dia dapat memcari pendapatan sendiri setelah boleh berjalan sendiri ini✍️
Sejak menjadi OKU 3 tahun lalu (kemalangan jalanraya, di amputasi 2/5/15), hanya bergantung kepada bapanya Ibrahim (47) yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di SK Coronation Park,Taman Dr. Seenivasagam dan Ibu, Pn. Sarina (48) kerja di kilang membuat hose.


Ingat Syahmir (22) ❓dari Ipoh … fitting dan ambil kaki palsunya di bengkel pada 26/12/18
Tanpa kaki…Tanpa kerja
17/3/19: Singgah di Aman Jaya Central, Meru, Ipoh mengunjunginya… Alhamdulillah✍️
…. dah boleh berjalan dengan selesa✅
…. dah bekerja ✅
Tanpa kerusi roda, tanpa rutches, dia membantu tukang masak di ‘Ipoh Central Cafe’ aras 1, Aman Jaya central.
….. Tahniah Syahmir 👍
…… Terima kasih pemilik cafe 👍
…… Terima kasih chef👍
‘Mobility is life’ , kehidupan kembali bermakna untuk OKU remaja ini:
TERIMA KASIH PruBSN PRIHATIN
#PruBSN #PruBSNPrihatin #mobilityislife #makingadifferenceforall #TakPerluMerayu #tanpaProtokol #ringankan #permudahkan