Hairizan (anak), menghubungi dD pada 19/8/18 dan kemudian membawa ayahnya dari Kota tinggi ke bengkel pada 9/9/18…. mereka mengizinkan di siar di fb
22/9/18, Hairizan dan isterinya sekali lagi membawa bapanya ke bengkel untuk fitting …. di muatnaik di FB:
22/9/18: Hj Rodjigen B Kasran (69) dari felda Linggiu, Kota Tinggi, Johor sekali lagi di bawa oleh anaknya Hairizan untuk fitting.
TETAP AKTIF DAN BERSEMANGAT TINGGI✅
Fizikal berusia 69 tahun, di tambah dengan kehilangan kaki kiri …. tidak mematahkan semangat Warga emas ini. “Saya biasa bekerja…. tak boleh duduk termenung saja”
- Walaupun bergerak hanya dengan menggunakan kerusi roda … dia berusaha mencabut rumput atau menyiram di sekitar rumahnya.
- Dia memandang motorsikal nya… berfikir bagaimana nak menggunakan kenderaan ini. Dengan idea untuk mengubah jadi macam beca roda tiga… dia memanggil tukang/makanik yang boleh laksanakan idea itu…. berhasil !!!
Semangat tingginya terjelma sewaktu fitting hari ni…✅
- Semasa di pakaikan… dia dah nak berdiri, dan dia boleh….
- Semasa berdiri untuk static fitting … dia dah nak berjalan, dan dia boleh….
Moga dia boleh menikmati suasana aktif nya nanti…. di sekitar rumah nya‼️
#aktif #positif #semangatTinggi