‘Azmi Kargo’ menghubungi dD melalui mesej dD dan kemudian menelefon…. rupanya untuk membantu rakannya ‘Shafie’, juga sebelum ini adalah pemandu teksi….
Pada 25/8/18, dD team sampai kerumah Shafie di Sepri, Pedas, Rembau untuk mengambil ukuran kakinya. Setelah mendapat kebenaran, fb di bawah di muat naik;
Pada 28/7/18, Shafie menelifon dD bertanya tentang kaki palsu nya. “Dah tak sabar ni…..” . Kami memaklumkan ‘kaki nya ‘ belum siap dan baru sahaja mula di buat acuan soket. Kami faham keinginannya ,setelah melihat dia terbaring sahaja di atas katil setelah mengalami ‘stroke’ Dan kemudian ‘di amputasi ‘ kakinya. dD team pula akan ke Pantai timur pada 29/7/18….. oleh itu dia perlu juga menunggu 😥
Setelah di beritahu kaki palsu nya telah siap pada 2/8/18, dia memalkumkan akan datang untuk fitting pada 4/8/18 dan dia datang bersama anaknya dengan di pandu ileh rakannya, SIDI, juga OKU berkaki palsu atas lutut….