Roslan menghubungi dD melalui aplikasi whatapps pada 11/7/18 bertanyakan sedikit maklumat, kemudian pada 12/7/18 terus bertanya , “……. bolehkah saya datang malam ni?”. Dia datang pada jam 10.15 malam untuk ukur.
Dia datang bersama isteri dan anaknya. dD muatnaik ini di fb selepas selesai proses mengukur kaki nya dan di beri izin oleh empunya diri.
Pada 17/7/18, dD memaklumkan kepadanya bahawa kaki palsu untuknya telah siap… kedengaran amat teruja dan dia nak datang esuknya… tapi, dia tangguhkan kerana terpaksa ke kelantan kerana ada saudaranya meninggal dunia. Dia balik semula ke KL pada 22/8/18…… petang tu juga dia datang untuk ditting dan ambil…