Pn Suriyati (anak) menghubungi dD pada pertengahan Ramadhan, bertanyakan kaki palsu untuk ibunya. Beliau kemudian nemutuskan untuk datang selepas Aidilfitri kerana dD memaklumkan tidak dapat menyiapkan lebih awal kerana kekangan masa. Beliau Menghubungi semula pada 3/7/18, setelah hari raya dan dD balik dari Trip ke utara. Dia memaklumkan akan membawa ibunya pada jumaat 6/7/18 untuk proses ukur di bengkel dD.
Pada 11.00 pagi 6/7/18 dia bersama suami datang membawa ibunya Pn Subiah, ditemani bapa mereka En muhamad Robai dan adik kembar mereka… dari Felda Sg Tengi , Kuala kubu Bharu. Pn Sue dan 9 saudara maranya telah berbincang dan bersetuju untuk membiayai kaki palsu untuk ibunya. Alhamdulillah ‼️ dD memuatnaik di fb setelah mereka memberi izin,
dD memaklumkan bahawa kaki palsu Pn Subiah telah siap pada 15/7/18. Pada 7/8/18, sekali lagi Pn Sue bersama suami membawa ibu dan ayahnya ke bengkel untuk fitting. Seperti sebelum ini Pn Subiah tetap ceria, peramah dan bersemangat…..