dD celah kehidupan 35: Adeli b Mohamad (kuala lipis, Pahang)

Adeli b Mohamad (36) dari Kampung Keledek, Kuala Lipis, Pahang, mengalami diabetis dan di amputasi bawah lutut di hospital Temerloh…..

dD di hubungi oleh rakannya Fairuz melalui whatapps

A64183D1-77DC-466B-BE14-DE3E4BADFE40E5C67B4C-EDC7-407E-8A3F-ECBB2FDD75F2

Seperti yang di janjikan, pada 2/7/18, Fairuz membawa rakannya ini ke bengkel untuk proses mengukur. Melihat bagaimana mereka berbual, ini rupanya rakan-rakan sahaja, bukan anggota keluarga . Adeli menerima bantuan rakan-rakannya… dD memuatnaik di fb kedidi pada petang setelah di beri keizinan,

DE02B857-FD5C-49CD-8C13-D3415C4A0C0F

0AC09912-2FF3-43D1-AE39-28CC1AC56F4C

Pada 8/7/18, dD memaklumkan Kepada Fairuz dan Adeli bahawa kaki palsu untuknya telah siap dan mereka boleh merancang untuk datang fitting dan ambil. dD agak terperanjat, Selalunya, pelanggan akan  mengambil masa beberapa hari atau minggu untuk  datang semula. Untuk kes mereka ni berbeza, dD di maklumkan mereka akan datang esuknya (9/7/18), dan mereka memang datang seperti yang di janjikan.

Berbual lebih lanjut, beberapa perkara yang menarik dapat di ketahui:

1. Fairuz bukanlah sahabat sepermainan, sekampung dari kecil. Dia bukan dari Lipis tetapi dari Lepar, Pekan. Dia adalah kenalan kumpulan whatapps sahaja….. tapi dia amat bersimpati dan dia menaja keseluruhan harga kakipalsu untuk Adeli.

2. Adeli yang kelihatan ceria dan boleh bergurau dengan lepas bebas, tidak ada tanda murung….. tetapi menanggung beban sosio/psyco/ekonomi yang menekan dirinya. Ini di rakam dalam fb dD yang di muatnaik malam 9/7/18:

E1AE9A24-D5A9-4D8B-BC13-5F0A334605858C3AFCB3-860D-46E7-B8F3-A5BCE45C9A31

NOTA:

berkesempatan melalui FB Adeli, bagi dD ini macam flashback nya

07B26A13-DB5B-4059-A976-C72E4CAC6083

7C954DEE-1588-4666-86CE-BDAF60648872

F79B98B8-6CCA-41D8-A235-49D5019C7ECD

7F8D84F0-1D43-4B87-B91D-B08BEC4D5745

Pada 10/2/19, dD ke Lipis untuk sekali lagi mengukur kaki nya , kali ini menggunakan soket fiberglass dan tapak buatan dD. kali ini PruBSN menaja nya. Pada 13/5/19 dia datang ke bengkel untuk fitting.

SUPERLITE

kaki palsu dengan tapak buatan tangan ini hanya 965gm (tak sampai 1 KG). Dia sudah ada kakipalsu tajaan rakannya. Kaki palsu itu buatan dD dari bahan PE itu  beratnya 1.45 KG

♿️MELANGKAH – LALU MENANGIS😪

Sepanjang menggunakan kaki palsu (kanan) yang sedia ada … dia gunakan penyokong crutches sewaktu berjalan ( kerana kaki kiri, sedia adanya pun lemah).

Hari ini dengan kakipalsu RINGAN ini, dia berjalan di palang selari, kemudian menggunakan walking frame…. selepas berputar perlahan hampir dua pusingan di ruang mencuba dD… Dia MENCUBA melangkah tanpa memegang wakling frama… dan, dia BERJAYA melangkah beberapa langkah pendek. KEMUDIAN, hatinya merasa SEBAK dan kemudian EMOSI dan MENANGIS… dalam sedu sedannya dia menyebut “…… TAK PERNAH TERFIKIR BOLEH BERJALAN SEMULA”

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close