dD Celah kehidupan 31: Cik gu Kasmuni Abd Rahim (Batu Pahat).

Cik gu  Kasmuni memberi mesej melalui mesej fb kedidi bertanyakan perkhidmatan ubahsuai kakipalsunya. Dia merupakan pesara guru dan mendapat pembiayaan JPA untuk kaki palsu atas lututnya (AK). Dia tidak memakai kerana dirasakan terlalu ketat.

Selain dirasakan sempit, vakum menyebabkan kulit nya terasa sakit dan gatal… “pakai 20 minit dah tak boleh tahan”.

dD menasihatkan supaya dibawa ke pembekal yang membekalkan kaki berkenaan untuk di ubahsuai, beliau memaklumkan sudah di cuba tetapi sentiasa di tangguh oleh syarikat berkenaan. Dia mahu di ubahsuai soket itu supaya ada ruang udara seperti ‘dD soket’ yang dia lihat di fb.  dD memaklumkan perlu melihat buatan produk itu sebelum boleh memberi pandangan.

Dia memutuskan untuk datang esuk 3/6/18….. ini menggambarkan darjah prioritinya untuk boleh menggunakan kakinya itu. dD memahami hasratnya itu.Dia datang bersama anak2 dan cucu2 nya pada jam 12pm (3/6/18). Setelah meneliti dan membuat perbincangan tentang jurang masalah vs harapan nya, dD mencadangkan ‘dD soket’ untuk di pasang pada kaki itu tanpa perlu mengubah suai soket sedia adanya. Ini akan menjadikan dia ada 2 soket yang boleh di guna silih berganti. Dia bersetuju…. Dia kelihatan tergesa-gesa mahu mengubahsuai supaya boleh digunakan kerana berpandangan berasaskan perkembangan kesihatan yang semakin eluk, dia perlu mula berjalan untuk memgembalikan sedikit kekuatan dan tenaganya.‼️

Proses mengubahsuai kaki palsunya mengambil masa. Dia pula ingin mengelak untuk datang semula kerana kesuntukan masa untuk latihan fisio, ingin ke Sabah ( isterinya berasal dari Kudat) dan menentukan waktu cutu anaknya untuk membawanya ke bengkel dD. Dia akan berbuka puasa di rumah besannya di rawang… dan akan datang semula selepas Isya untuk fitting. dD bersetuju dan menyiapkan dD soket yang di pasang menggantikan soket sedia adanya sebelum berbuka puasa.

Jam 10 malam dia datang semula, fitting mengambil masa 2 jam…. jam 12.10 pagi, dia sudah membawa balik kaki palsu  nya dengan dD soket. Alhamdulillah✅

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close