Hj Jamal Mohamed dan isterinya Hjh Norliza mendapat maklumat tentang perkhidmatan dD pada pagi 1/6/18 sewaktu berada di hospital Melaka. selepas itu mereka meminta anak kedua mereka untuk mendapat maklumat dari dD… perbualan telefon dan whatapps seperti di bawah pada hari yang sama sebelum solat jumaat. kemudia mereka memutuskan untuk datang ke bengkel pada hari itu juga pada sebelah petangnya.
Pada jam 3.00 petang mereka sampai. Hj Jamal adalah seorang pendidik dan sedang bertugas sebagai guru di guru di SMK Malim, Melaka. Sebelum itu beliau telah menabur bakti di Sekolah Teknik(ST)Butterworth, ST Kuala Lumpur, ST Kuala Selangor dan Kolej Komuniti Hulu Langat.
Beliau dan isteri menunaikan fardhu haji pada 2017, sewaktu menunaikan ibadah itu lah beliau di kesan mengidap Necrotising fasciitis (serangan kuman pemakan daging) . Alhamdulillah, beliau dapat memunaikan segala rukun ibadat berkenaan walaupun mengalami ujian penyakit ini. “Ini ujian Allah, saya Redho…. Allah beri saya kesempatan boleh tunaikan haji. Balik saja maka pada 14.1.18 saya kehilangan kaki kanan paras atas lutut di hospital Melaka”
“saya masih bertugas sebagai guru bilik darjah. Saya mahu tunaikan tugas saya dengan sebaik mungkin kepada murid saya. Sewaktu saya masih mempunyai kaki anugerah Allah ini, dua minit awal sudah di anggap lewat bagi kelas saya. Oleh itu saya perlu kaki ini segera. walaupun pergerakan saya tak akan seperti sebelum ini, saya berdoa agar dapat memberikan pendidikan terbaik untuk murid yang di amanahkan kepada saya”.
dD merasai bahawab jiwa gurunya terlalu kental, pada waktu dirinya berat di uji… hati nurani nya masih kepada muridnya. Ini di nukil kan dalam fb dD… dengan izin nya,
Ada dua pilihan soket, pertama diperbuat dari fiberglass dan kedua dari polyethylene. Buatan dari fiberglass lebih mantap kerana sudah teruji, sedangkan buatan dari polyethylene masih baru di buat oleh dD, kami belum dapat maklumbalas dari pelanggan yang menggunakannya lagi. walaubagaimanapun Hj Jamal memilih Polyethylene kerana ciri soket belahan dan sifat flexi nya. Moga sesuai untuk beliau.
dD menyiapkan kakipalsu beliau dengan soket dari polyethelene rekabentuk soket terbuka dan anjal (flexi)….
Pada 8/6/18, dD memaklumkan bahawa kaki palsu beliau telah siap. Dia datang bersama isteri dan anak pada 9/6/18 bersama isteri (Hjh Norliza) dan dua anaknya. Semasa fitting dan proses ubahsuai, dua rakan lamanya datang menziarahinya ( mereka tinggal berdekatan bengkel dD)…… Cikgu Hj Jamal memang di senangi. fb kedidi dan fb beliau sendiri di penuhi komen dari rakan dan murid beliau yang mendoakan diri beliau. Alhamdulillah.
Fitting dan ubahsuai kaki palsu beliau tidak sukar. DOA keluarganya, sahabat dan muridnya di makbulkan. Beliau mula melangkah dengan mudah…..