dD celah kehidupan 28: Muhamad Noorhidayat (K.Pilah, NS)

dD menerima Whatapps soalan pada 9/4/18, bertanyakan kakipalsu untuknya…. dia nak datang pada 16/5/18 tetapi tertangguh….

Pada petang jumaat 18/5/18 (2 ramadhan)dia sampai…. dD terperanjatšŸ˜³…. dia datang menumpang kapcai rakannya (Firdaus) menunggang dari rumah mereka di kuala Pilah, Negeri Sembilan, hampir 100 kilometer. Mereka kebasahan kerana meredah hujan. (dD memberi sehelai jaket jeans setiap seorang). INI Pelanggan pertama yang datang dengan menumpang motosikal, dan dari jauh ). Selalunya  mereka dibawa dengan kereta, kerana keadaan mereka

Muhammad Noorhidayat  mengalami kemalangan jalanraya di Kuala pilah kerana motosikal yang ditunggangnya terbabas melanggar kereta yang membuat pusingan U. Di amputasi di hospital Kuala Pilah, merasa murung hanya seketika, selepas keluar wad dan kembali ke rumah, dia menerima keadaan dirinya yang sudah berubah.

Dia masih menganggur (kemalangan berlaku selepas sahaja dia menamatkan latihan praktikalnya(kursus kimpalan). Bapanya bekerja sebagai posmen di kuala pilah dan ibunya pula surirumah sepenuh masa. Dia adalah anak sulung dari tiga beradik.

dD memuatnaik video mereka dalam fb …. dengan izin nya,

Pada 25/5/18, dua sahabat ini datang semula setelah dD memaklumkan kaki palsu untuknya sudah siap. kecepatannya untuk datng fitting dan menggunakan kakipalsunya moga menggambarkan semangatnya untuk hidup. Dia memilih soket dD yang di perbuat dari polyethylene dengan rekabentuk soket terbuka dan flexi. Proses fitting dan ubahsuai nya agak panjang -dari 5 petang hingga jam 1O malam. (Mereka menjadi tetamu dDteam untuk berbuka di rumah kami)

Video ini dimuatnaik pada jam 11.00 malam itu…

 

Moga di permudahkan perjalanan hidup anak muda ini. Aamiin.

TEMPAHAN KEDUA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close