2/5/18, tanpa memberi maklumat awal, Pn Salmah datang ke bengkel untuk membuat kakipalsunya. Dia berasal dari Pedu, padang terap kemudian menetap di Kota Sarang Semut sebagai petani. Berusia 60 tahun. Penyakit kencing manis telah mengambil 3 jari kaki kanannya dan kemudian kaki kirinya pula (bawah lutut).
Mendengar dia meluahkan perasaan dan pendapatnya, amat menyentuh. Berkahwin pada usia muda, 17 tahun, mengikut suami menetap di kota darang semut dengan pelbagai kerja kampung, bersawah ladang. Mendapat 6 anak. Dua tahun lepassuaminya meninggal kerana kanser prostat, kemudia dia sendiri yang mengidap kencing manis terpaksa si potong 3 jari kaki kanannya di hospital Muar (anaknya di sana) . Setelah sembuh, masih boleh berjalan sendiri. Tetapi tahun lepas kaki kirinya pula perlu di korbankan (amputasi bawah lutut). Ini menyebabkan dia perlu berkerusi roda untuk bergerak.
Rumah dia ada banyak bendul, kerusi roda tak boleh bebas melangkah bendul. Jadi anak2nya membeli beberapa kerusi 3 roda untuk di letakkan di setiap sempadan bendul. Dia akan menukar kerusi roda untuk berubah petak rumah.
“Saya benar2 terperangkap dalam kotak kecil, walaupun itu rumah saya. saya hanya boleh meninjau keluar tingkap… tak boleh melangkah, tak boleh keluar… terasa amat sempit , seperti dah berada di dalam kubur yang luas….. dD memuatnaik ini di fb dengan separuh izin: tanpa gambar stump kaki nya.
10/5/18 adalah satu tarikh keramat dalam senerio dan landskap politik Malaysia. Pilihanraya Umum kali ke 14 semalam 9/5/18 menyaksikan perubahan paksi kuasa dari Barisan Masional kepada Pakatan Harapan. Monopoli kuasa 60 tahun sejak merdeka oleh BN telah bertukar tangan.
Hari ini, 10/5/18 pula Perdana Menteri dari Pakatan Harapan, Dr Mahadir di jangka mengangkat sumpah jawatan ( ditulis sebelum). Hari ini juga Pn Salmah datang semula ke bengkel dD untuk fitting dan mengambil kaki palsu nya… di muat naik dengan izin,