Setelah bertegur sapa si fb, cikgu Ab Satar bertanya mengenai keperluannya pada 1/3/18
Setelah melihat stump kakinya, dD memaklumkan kami belum bersedia membuat kakipalsu atas lutut (bk), tetapi memberikan pilihan buatan Pak Dadan dari Bandung.
Kami emailkan sebutharga buatan Pak Dadan kepada beliau.
Beliau, isteri dan anak tunggalnya samapai ke bengkel dD pada jam 28/4/18 jam 11.00 pagi. Setelah meneliti contoh yang ada, beliau memilih untuk menggunakan buatan dD sendiri kerana merasakan lutut stanford-Jaipor ada kelebihannya. dD membuat proses mengukur dan memuat naik di fb ini dengan izin,
dD menyiapkan kaki palsu atas lutut untuk beliau menggunakan soket buatan dari bahan fiberglass dan menggunakan Jaipur-Stamfort knee. Dia Datang pada 27/5/18, mencuba, fitting, ubahsuai dan Alhamdulillah mula berjalan semula perlahan-lahan menggunakan tongkat 4 kaki. Dia Memaklumkan akan mula bertugas semula sebagai guru pendidikan Islam ( ustaz) di SK Jengka Batu 13 bermula pada awal bulan 7 nanti ( ada masa lebih sebulan untuk membiasakan kaki palsunya.
Sebelum bertolak balik, dia berbisik “saya semakin bersemangat…. Insyaallah”. Semangat nya kental untuk melaksanakan tugas sebagai pendidik di tempat bertugasnya. Moga dia di berikan kekuatan………