dD celah kehidupan 21: Shukor (Genting)

Personaliti ini adalah antara insan yang awal memberi respon kepada fb Kedidi. Beberapa kali dia menyatakan hasrat untuk melawat ke bengkel dD tetapi tertangguh….

Walaupun tidak pernah melihat dan menghunakan hasil kerja dD tetapi insan ini nampaknya meyakini produk kedidi. Semasa dD macam melalui fasa prasangka tentang niat dan mutu kakipalsu kami, beliau memberi sokongan ini…… yang lebih menarik adalah ‘keyakinan’ gambar tanpa kakinya‼️

FA032EE9-A23D-4D61-B2A4-72291C8542E8

Pada 13/4/18, beliau datang ke bengkel dan kami amat terkesan dengan darjah ‘penerimaan diri’nya yang begitu tinggi.. malah dia sentiasa bangga dengan dirinya yang menggunakan kaki palsu… tanpa rasa murung. kami muat naik tanggapan ini di fb.. dengan izin,

363C9D28-814B-45D0-9263-F1457B0A1257

Selepas kakinya di ukur, kami ke keretanya…. WOW… kami terpesona dengan aktiviti Pelanggan istimewa ini… kereta proton wiranya adalah  tempat aktiviti dan kerja yang di buat setiap hari. Dia memandu kereta ‘manual’ ini dengan mudah. lebih menarik lagi, dia adalah:

1. Pengendali radio amatur yang aktif

2. Anggota sukarela Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

3. Pemantau Lalulintas Lebuhraya KL/Karak.

Wira ini mendapat pengiktirafan pada 2017!terhadap jasa hariannya:

1. ‘First Responder’ dari PDRM

2. ‘Shukor Hero Genting’ dari akhbar Harian Metro

kami rakamkan video ini di keretanya sebelum dia meninggalkan bengkel kami….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close