dD celah kehidupan 20 : Hj Rahman Bin Abdul Majid (Merlimau, Melaka)

dD menerima panggilan telefon pada 5/4/18 sebelum bertolak ke Johor pada 6/4/18 dari Hj Rahman. Dia maklumkan dari melaka dan mencadangkan kami singgah melihatnya. kami  maklumkan tidak dapat singgah pada 6/4/18 kerana dah berjanji dengan pelanggan di Air Hitam johor untuk sampai di sana pada jam 11.00 pagi. dD cadangkan untuk singgah pada petang 7/4/18 sewaktu perjalanan pulang. Bagaimanapun beliau memberi cadangan balas untuk datang ke bengkel dD pada ahad 8/4/18. kami setuju.

Jam 11.30 pagi beliau (Pesara guru… pengetua, Pegawai Pelajaran Daerah, Ketua sektor Jaminan Kualiti, JPN Melaka) dengan isteri nya Hjh Mariam (jururawat) dan anak- anak datang. melihat contoh buatan kakipalsu buatan dD dan mendapatkan maklumat yang diperlukan. Sebagai pesara, beliau boleh mendapatkan peruntukan dari JPA untuk kakipalsunya. dD mencadangkan beliau mendapatkan kakipalsu yang lebih sesuai dengan peruntukan dan keperluannya dari pembekal lain. Isterinya memaklumkan mereka memang merancang begitu. tapi tetap mahukan buatan dD terlebih dahulu. Hj Rahman mahukan buatan dari bahan Polyethylene.

9995E4C6-869F-451E-B2DE-ABC00D8E910F

Beliau meminta untuk tidak menunjukkan wajah dan namanya di fb kedidi bila di minta keizinannya.  Kami akur, malah tidak memuatnaik kedatangan nya dalam fb kedidi seperti kebiasaan . (tulisan di blog ini memenuhi permintaannya). ⏯fb adalah satu2nya cara dD menyampaikan maklumat kepada yang memerlukan…. dan satu2nya cara mereka menilai perkhidmatan dD sebelum mereka datang …dari jauh. Tapi kami AMAT memahami ‘peperangan dan tekanan dalam jiwa dan minda’ mereka. dD  memahami hasrat ‘tidak mahu di tonton’ orang itu😪Ada pelanggan yang langsung tidak mahu di siarkan apa2 gambar atau kisahnya😪 dD akur👌⏮

Hj R menghubungi dD pada 10/4/18 meminta ‘pylon’ (penyambung antara soket dan tapak kaki palsu) untuknya di buat dari besi. dD memaklumkan itu tak dapat di buat pada waktu ini. Pada 19/4/18 dDmemaklumkan kakipalsu beliau telah siap, beliau memaklumkan akan datang pada sabtu 21/4/18 kerana ada majlis perkahwinan yang akan di hadiri oleh beliau sekeluarga di Bangi.

21/4/18 jam 4.00 petang beliau sampai , lagi sekali dengan keluarga… mereka tidak putus2 memberi sokongan dan perhatian kepadanya. Alhamdulillah, tanpa banyak ubahsuai, kakipalsunya boleh berfungsi sewajarnya.

Kali ini beliau tidak keberatan dan telah membenarkan kami muatnaik rakaman detik2 beliau di bengkel dD. Terima kasih  cikgu✅

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close