Datang dengan menonggang kapcai, macam ok je. Bila dia berjalan, nampak dia singkat sebelah. Rupanya, kaki kirinya dipotong bawah lutut akibat kemalangan jalanraya. Dia memakai kakipalsu yang sudah longgar dan sudah tidak sesuai dengan perubahan fizikalnya. warga emas ini sangat ceria. Tidak henti berceloteh dan bercerita.
Pesara kerajaan berusia 65 tahun ini menerima pencen Rm 900.00 sebulan. Dia adalah tukang kebun sekolah yang sudah 10 tahun bersara. Fb kedidi mendapat respon dari kakitangan sekolah yang mengenalinya, tapi barangkali sudah lama tidak bersua
Dalam usia emas ini, Wak Tukujan masih cergas mengerjakan kebun kelapa sawit nya dan segala aktiviti kampung….. jiwanya bukan jiwa OKU✅✅✅ no retreat no regrets.
Kami jumpa semula beliau di tempat yang sama dan memberikan kaki palsu buatan dD kepadanya…..