dD celah Kehidupan 16: Izhari

dD menerima panggilan dari insan ini pada 3/3/18 memberitahu ia perlukan kaki palsu. Bila diberitahu dia perlu datang dua kali ke bengkel dD untuk ukur dan fitting, dia terdiam dan memberitahu dia perlukan bantuan orang lain untuk datang, dia perlu dapatkan orang yang sanggup membantunya. dD mengharapkan dia boleh datang. Selepas beberapa hari, pada 7/3/18 dD mendapat mesej ini,’menggunakan aplikasi mesej    SMS,           (dD menggunakan aplikasi whatapps untuk komunikasi berkaitan kakipalsu). Dia juga tiada facebook….. apa yang tertulis dalam mesej dan bagaimana ia di tulis juga menimbulkan tandatanya. dD menelipon nya dan dia memberitahu akan datang ke bengkel pada 20/3/18 menaiki bas. dD meminta turun di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan kami akan mengambil beliau.

Pada hari yang di janjikan (20/3/18), dia tidak datang dan tak dapat di hubungi…..

dD cuba menghubungi nya kerana merasa insan ini perlu di kenali lebih mendalam. kami berhasrat ke Johor kerana  ada beberapa pelanggan Parit Botak Batu Pahat, yang sudah lama di siapkan kakipalsu mereka tetapi tidak datang…. ‘masih kumpul modal’, kata mereka. kami menetapkan akan kesana pada 6/4/18, dan selepaa itu akan ke JB kerana Azhari memberitahu sebelum ini dia tinggal di Jb. berkali- kali telefon tidak berjawab….. tiba2 pada 5/4/18, sehari sebelum bertolak dia menelefon  memaklumkan akan datang pada hari itu. dD melarang dan meminta alamatnya… di bawah adalah mesej alamatnya. Kami tak Faham… rupanya dia di Rengit❗️Di telifon pun dia tak dapat jelaskan alamatnya. Dia minta orang lain memberi alamatnya kepada kami❗️

Malam 5/4/18, dD menerima maklumat alamat azhari dari ‘abangnya’…….

09351D68-1C07-499A-9235-E0BA3412877A

Itu maklumatnya, rupanya ia di Rengit, Batu Pahat. Alhamdulillah, jelas. cuma kami kena ubah laluan dan jadual….

6/4/18, selepas singgah di RnR Parit Botak untuk menyerahkan Kakipalsu Pak Udin, Mazlan Pani dan Wak Tukijan, dan mengambil ukuran Mirz(pelanggan baru), dD menukar laluan terus ke Rengit. Dia memaklumkan dia ada di kedai makan berdepan Sekolah cina… mana tu❓… dia minta tuan kedai tu tolong bagi panduan. Depan Sjkc Chong Hwa, kedai makan Kak Mai….

150577EF-0105-492C-9C48-6C6DEA8BAA38

RUPANYA, dia mengerah tenaga menggerakkan kerusi rodanya selama 5 jam (dari jam 7 pagi hingga jam 12 tengahhari dari rumahnya di Kg Parit Mengkudu Laut, Mukim 11, Rengit ke pekan Rengit untuk menunggu kami. “saya takut tuan tak jumpa rumah saya. saya perlu bantuan kaki palsu… saya nak jalan…saya nak kerja😪”. Dia tercicir  sekolah semasa darjah 4.  “… baca tulis pun merangkak….’

dD membawanya balik ke rumah……  dengan  izin siar,

A9079B22-B059-47E6-8543-BD75FF757892

kami melihat rumah peninggalan aruah ibubapanya… di huni bersama abang dan adiknya. Abangnya, Shuib bin Abdullah juga OKU (akibat demam panas waktu kecil) dan adiknya, Fairuz bin Abdullah ( menganggur dan paru-paru berair)…… tiga beradik yang SERBA DAIF😓😓😓😓😓 walau apa sebab sekalipun…….. Mereka Perlu di bantu‼️

Alhamdulillah, pada 20.4.18, sewaktu dDteam sedang menyiapkan acuan kakipalsunya, dD menerima whatapps dari seorang hamba Allah bertanyakan ‘kes Rengit’ ni ada sponsor ke tidak. Hasil nya… ada penyumbang amal untuknya🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾✅

8B35F654-EC02-4A2A-947F-6679D5999274

Pada 11 dan 12/4/18 , dD menerima mesej sms si bawah ini dari beliau… mungkin dia akan datang pada 20/4/18‼️

A1B0D6D9-1DB5-44E7-97C5-3134D7E273F0

Kami hubungi beliau, dia tak dapat datang kerana tak tahu KL, tak tahu nak urus kerusi rodanya kat bas, tidak ada wang…..

Pada 22/4/18 swkali lagi dD ke Rengit untuk menghantar  kakipalsu amanah dari insan yang bersedekah untuknya. kali ini kami kenali adik dan abangnya…. bukan hanya Izhari seorang sahaja yang OKU dan daif…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close