dD celah kehidupan 14: Hj Misron Ithnin (Ledang, Johor)

 

Hj Misron adalah antara tetamu awal yang mengunjungi bengkel dD. Dia bersama rombongan besar keluarganya datang pada 7/12/17. Anaknya Nurul Huda, adalah insan yang mula menghubungi dD bertanyakan kemungkinan membuat kakipalsu untuk bapanya ini.

Berbual dengan Hj Misron, ternyata beliau adalah pesara  polis merin. Penampilan fizikal yang tegap sasa. Dengan izin siar,

135B4618-C6E6-4C3C-8BA4-F95E321DD4CF

“Saya bekas atlit lontar peluru…. kini tangan pun lemah”, bisik beliau. Terasa semangat nya tidak setegap fizik nya. Beliau mengidap kencing manis dan kaki kirinya di potong atas lutut.

Kes atas lutut bukan kemahiran Kedidi. kami menawarkan buatan Pak Dadan dari Indonesia untuknya (RM 4,000). Beliau tidak berminat kerana mungkin ‘membazir je’. Buatan tangan kami pula, belum ada komponen lutut yang teruji dan meyakinkan. Oleh itu dDteam sentiasa membuat percubaan merekacipta komponen sendi lutut di bengkel kami menggunakan besi, aluminium juga poly. Hasil nya tidak konsistan. Kami tidak mahu memberi kepada pelanggan jika tidak mencapai piawai kami.

dDteam menemui komponen lutut yang teruji pada period ‘mempertajam ilmu’ di Jaipur. dD sudah bersedia membuat kakipalsu atas lutut.

Nurul Huda sekali lagi menghubungi kami, dan akhirnya Hj Misron sekali lagi datang melihat sendiri bentuk ‘Stanford Knee’ dari Jaipur…. dan bersetuju membuatnya dengan harga 50% diskaun amal RM1,800 (harga sebenar 3,600), “….tempat lain paling kurang 7,500”, katanya.

“saya takut… ini jadi sia-sia je. kaki kanan saya pun dah mula hitam ni. Saya ada berbagai penyakit termasuk jantung…….”. Terasa semangat hidup nya meluntur. “tak ada doktor yang cadangkan kaki palsu……. cuma anak-anak merayu dan mengusahakan!”.

Bekas Polis Merin yang fizikalnya  tegap dan sasa ini perlu dibantu ‘semangatnya’. Alhamdulillah, dia menerima bantuan itu dari anak-anaknya👍‼️

 

 

Pada 9/4/18 dD memaklumkan kepada Nurul Huda (anaknya) bahawa kaki palsu untuk Hj mosron dah siap

F2376292-FA9E-41BD-95A8-37137EEB9F96

Pada 20/4/18, Nurul dan suami membawa Hj Misron untuk fitting dan membawa balik kakinya. Beliau menyebut tenaga nya dah terasa benar menghilang. Nak bangun pagi pun mengambil masa yang lama untuk boleh duduk, apalagi nak bangun. Tapi dia amat teruja dengan kakipalsu yang nak dibawa balik… saya akan ubahsuai talipinggang untuk mudahkan guna…… kreatif orangnya. moga membantu kehidupannya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close