dD celah kehidupan 13: Syed Shah Ikram (Perlis/Putra Height)

CE333D19-160D-4F98-991A-0963CDCD87F5.png

Whatapps di atas dD dan Syed Ikram pada 25/1/18. Sepintas tafsiran pada gambar nya Kat whatsapp tu membayangkan ini golongan yang mampu. Bila diberitahu  dana  sumbangan amal dah habis dan perlu bayar, beliau tidak dapat memberi komitmen.

Sekembali dari Jaipur dan akhbar Metro Ahad 11/2/18 membuat liputan, dD memutuskan untuk memberi diskaun 50% kepada kaki palsu yang dD buat. Kami maklumkan pada Syed Ikram pada 13/2/18 dan dia datang untuk di ukur pada hari yang sama. dD memuatnaik di fb pada petangnya

0961B567-2376-4D60-B270-D35FB20E67EF

Syed Ikram sudah berumahtangga. Mengalami kemalangan jalanraya pada 2016 sewaktu pulang dari bekerja sebagai guru di sekolah pra tahfiz Al Mansuri yang menyebabkan kaki kanannya terpaksa di potong (bawah lutut). Walaupun begitu, beliau tabah dan dapat menerima suratan takdir yang dialaminya. Beliau bukan sahaja hilang keupayaan berjalan tetapi lebih perit adalah hilang pekerjaan….. ini amat memberi kesan kepadanya. Beliau terpaksa menunpang tinggal di kediaman mertuanya. Ditanya mengenai masa depan dan punca pendapatan… beliau muram dan tiada jawapan‼️.

Keinginan untuk berjalan dan mencari razeki menyebabkan beliau terlalu inginkan kakipalsunya….

8C9D8A34-BA26-4409-98E4-A4550CB61BCA

Syed bertanya kakipalsunya….

dD mengambil masa agak lama untuk membuat kakipalsu beliau kerana dDteam kerap pula keluar pada tempoh waktu itu. Pertanyaannya  memberi  gambaran hajat dan hasrat yang menggunung untuk boleh berjalan semula.

Pada 24/3/18 dia datang untuk fitting kakipalsu model dDfoot. Ubahsuai agak major kerana perubahan saiz stump yang ketara (hampir 2” mengecil) menjadikan soketnya longgar. Dia datang semula pada 25/3/18….. moga membantu‼️

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close