dD mendapat mesej (bukan dari whatapps atau respon fb) ini pada isnin 22/3/18 dari insan yang menamakan dirinya Pakcik Zali.
perbualan telefon selepas itu mendapat maklum bahawa dia tidak dapat datang ke bengkel dD seperti pelanggan yang lain kerana keuzuran ibunya. Dia berkali-kali minta kami datang juga untuk bantu ibunya. Dia sanggup membayar perjalanan dDteam kerumahnya. kebetulan kami akan ke Jengka 2 dan itu berdekatan kuala Krau (google map), maka dD bersetuju singgah melihatnya.
Pada 14/3/18 jam 12.40 tengahhari dD sampai di rumahnya di Kg Gong Halt, kuala Krau. Haji Zali menyatakan ‘saya menumpang ibu di rumah ini’. Ibunya Che Som sudah berusia 84 tahun dipotong kaki kanan (bawah lutut) kerana kencing manis. pada 5/6/17. sejak itu ia hanya terbaring di katilnya. makan minum di situ. Hj Zali akan memapah ibunya ke bilik air di bilik itu bila perlu. Hasratnya hanya agar ‘mok saya buleh berdiri tepi tingkap tenguk keluar, kalau boleh berjalan selangkah dua ke bilik air, itu dah seribu rahmat ……’ sepanjang masa dia menyantuni ibu ini dengan gurauan yang menceriakan ibunya. MasyaAllah… kami terpesona.
Kakipalsu untuk ibunya tidak mungkin boleh digunakan untuk berjalan keluar kerana keadaan ibu ini. Hj Zali minta di laksanakan hajatnya….. dD akur dan minta di biayai perjalan datang untuk hantar kaki palsu sesudah siap nanti… fb kedidi (dengan izin)
Pada 27/3/18, dDteam sekali lagi ke Kg Gong Halt, Kuala Krau, untuk menghantar, memakai dan membuat fitting untuk Hjh Som. Sekali lagi amat jelas kelihatan setiap reaksi Hj Zali kepada ibunya adalah bersandar pada keinginan membahagiakan ibunya. lihat sahaja secebis rakaman ini:
Moga diberkati jua.