fb Kedidi menerima pertanyaan Pn Norliza pada 1/3/18
…… dan pada 5/3/18 menerima panggilan dari beliau bertanyakan maklumat yang beliau perlukan dan pada 6/3/18 mendapat whatapps beliau….
….dan pada 7/3/18 beliau bersama suaminya Tuan Daud (tentera bersara) datang ke bengkel dD untuk proses ukur… pada petang itu dD update fb kami….(dengan izin siar)
Pada 23/3/18, Pn Norliza datang sekali lagi datang bersama suaminya Tuan Daud. kali ini untuk fitting kaki palsunya yang sudah di siapkan oleh dDteam. Kaki palsu dDfoot dengan soket ‘terbuka’ yang istimewa itu.
Kali ini, interaksi dDteam dengan pasangan ini lebih lama kerana seperti biasa, proses fitting, kemalpasti masalah dan trouble shooting mengambil masa. sewaktu inilah kami memerhatikan sifat ‘luarbiasa’ dari pasangan ‘biasa’ ini. Mereka berdua sentiasa berbual dan bergurau. Malah tuan Daud meminta dDTeam untuk memberi panduan untuk memakai dan menanggalkan kakipalsu isterinya…. dan dia melakukannya. Sedikit demi sedikit kami sedar yang Pn Norliza tidak ada tanda- tanda murung yang jelas sejak mula kami berinteraksi ( selalunya insan yang kehilangan anggota kaki akan mengalami fasa murung yang boleh di rasai) . Barangkali sokongan suami ‘tanpa syarat’ menjadikan Pn Norliza begitu ceria… Perhatikan saja sokongan dan aksi suaminya ini….
Teringin melihat keadaan Pn Norliza dalam kehidupan hariannya, dD menghubunginya melalui whatapps
Pada 12/4/18 kami berkelapangan dan membetahu hasrat menziarahinya di rumah beliau…..
MEMANG benar…. ketabahan insan ini boleh menjadi inspirasi kepada mereka yang senasib. Keceriaan nya sentiasa terjelma sepanjang kami berada di rumahnya…. hari ni dia bersendirian kerana suami (Tuan Daud)! dan anak2 nya bekerja… ini sedikit rakaman kami