🇲🇾dD Kedidi: Murah itu ‘menipu’..?? Sosial enterprise…??

Kedidi berkembang melalui fb dan whatapps. Menawarkan produk dan perkhidmatan ‘khusus’ yang pembekalnya boleh di ‘bilang dengan jari’ di Malaysia. ‘kaki palsu’ hanya di buat oleh mereka yang ‘ahli’ dan terlatih. Perkhidmatan dan produk ini mempunyai piawai ‘harga’ yang agak jelas. Bagi kaki palsu bawah lutut (BK) harga asasnya lebih kurang RM 5,000++ dan bagi atas lutut (AK) lebih kurang RM 7,500++. KEDIDI menawarkan harga ‘maksimum’ bagi BK RM 2,600 dan AK 3,600.  ‘Maksimum’ kerana ada ketikanya dD memberi diskaun 50% , perlu bayar hanya RM 1,300(BK) dan RM 1,800(AK) dan  ada ketikanya “berikan saguhati yang termampu” dan ada ketikanya kepada pelanggan tertentu,  “percuma untuk kamu”…… kami tidak bersaing, kami menawarkan PILIHAN kepada pelanggan yang kurang mampu.

Rupanya harga dan struktur harga begini telah menimbulkan persepsi negatif kepada segelintir masyarakat maya  yang menjenguk fb kedidi. Ia lebih ketara ‘terselit’ dalam soalan di whatapps kami. Ia seakan-akan menggambarkan harga ‘murah’ ini macam ‘tak masuk akal’ atau ini ‘mainan’ atau ini satu perangkap ‘menipu’.

dD tidak memberi perhatian  kerana ini reaksi dari bilangan yang amat kecil. Rupanya ia menular….barangkali ini  macam ‘nila setitik kot’…. dalam fb dD, respon nitizen terhenti selepas komen ‘prasangka ini’, dalam whatapps pula ia mengguris  mengguris kami‼️

dD memuatnaik ‘perasaan’ dan ‘rasa hati’ ini di fb pada 9/3/18….

95E4DED0-5758-4946-BBC7-F12C9CEFA349

ini yang terus menyokong…

 

Perasaan ini juga ‘membawa’ dD menjejak pengguna kakipalsu dD di tempat mereka ‘beraksi’…. agar mereka menjadi ‘khabar’ sebenar bagi menangani ‘prasangka’ yang ada ini…‼️

Pada 12/3/18 anggota dDteam mengunjungi Pn Asiah (  pengguna kakipalsu dD sejak 29/12/17) di gerai makan yang di usahakannya di Kundang, Selangor. Warga emas ini amat teruja bercerita tentang ‘kenikmatan kembali ke kehidupannya’….. mengusahakan gerainya‼️

Pada 14/3/18 dDteam mengunjungi Badrolhisam (pengguna kakipalsu pertama dD atas lutut- menghunakan Jaipur-stanford knee)  yang tinggal di rumah ibunya di No 50, Felda Jengka 2, Pahang. Melihat kerja seharian sebenar anak muda beranak dua ini amat membanggakan. Langsung tanpa rasa rendah diri pada keadaan dirinya… ia terus dinamik dengan kehidupannya. dDfoot memang membantunya…lihat saja:

 

SOCIAL ENTERPRISE ???!

dD tidak mengetahui frasa ini sehingga lah di sebut oleh Assoc. Prof. Ir Abu Hanifah yang datang ke bengkel pada 2/8/18. Dia menyebut dD Kedidi  adalah “social Enterprise berasaskan keluarga”. Dia kemudian datang lagi pada 13/8/17, bersama 6 orang lagi rakannya, pakar dari berbagai bidang dari UniKL MIAT datang melawat bengkel dD. Dalam draf kertas mereka, mereka menyatakan mengenai hasrat mereka untu membantu kedidi menjadi ‘social enterprise’ sebenar.

Mencari erti frasa ini dalam internet, frasa ini ada kaitan juga dengan dD. dD adalah Organisasi perniagaan keluarga yang di mulakan dengan NIAT membantu insan istimewa menikmati semula keupayaan untuk boleh bergerak dan berjalan. Dimulakan oleh tiga beradik, belajar sendiri membuat kaki palsu dengan sokongan penuh ibubapa. Menawarkan harga yang rendah dengan struktur harga yang fleksibal (bayar penuh @ 50% diskaun @saguhati ikhlas @ percuma).

Walaupun struktur harga kaki palsu itu fleksibal seperti itu, dD BUKAN lah badan amal. dD tidak ‘memberi atau menerima sumbangan’.  dD adalah entiti perniagaan yang mengeluar dan menjual   kaki palsu. dD memperolehi pendapatan nya dengan cara menjual produknya  kepada 2 pihak:

1. Kepada pelanggan yang membayar (harga fleksibal).

2. Kepada penyumbang (dan kemudian dD menyampaikannya kepada orang yang di maksudkan oleh penyumbang).

Bagaimana seterusnya ⁉️

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close