dD celah kehidupan 9: Badrolhisam Abd Kadir (Jengka 2)

Badrolhisam adalah antara pelanggan awal yang datang ke bengkel dD. Perhubungan dengan beliau dimulakan oleh adiknya Pn Mastura yang ringgal di Kajang.  Facebook dan whatapps membawa kepada Badrol ke bengkel pada 30/11/17. Beliau bersemangat tinggi, positif dan ceria. Alhamdulillah, sindrom murung tidak berlaku kepada pemuda ini.

Beliau adaalah generasi kedua peneroka di FELDA Jengka 2, kini mewarisi kerja ladang di sana. Beliau perlukan kaki palsu atas lutut (AK) yang lasak yang boleh menampung kerja hariannya ladang. Malangnya dD belum mempunyai kemahiran atas lutut yang meyakinkan, kami menawarkan buatan Pak Dadan dari Indonesia. Dia bersetuju.

Beliau meminta sebutharga untuk di berikan kepada Zakat Pahang kerana dia termasuk dalam asnaf. Dia minta di ukur supaya tidak perlu datang sekali lagi untuk di ukur jika permohonannya diluluskan….. kami dengan senang hati memenuhi permintaannya dan memuatnaik pertemuan itu di fb kedidi… dengan izin siar

BD692845-E3FC-45B7-9157-ACAD36AD2781

Kemudian pada 6/2/18, sewaktu dDteam berada di Jaipur, kakaknya Pn Mastura memaklumkan bahawa permohonan adiknya telah diluluskan oleh Zakat Pahang…

578E04A2-2AD2-43F5-9683-DB1DF51ED0EA

Sekembali ke Malaysia, melihat surat dari Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP), dD terus membuat tempahan kepada Pak Dadan di Bandung, 2 minggu kemudian kami menerima kiriman Pak Dadan.

555FDB59-019D-4AED-8C86-5283942C8663

Pada masa itu juga , dD sudah mempunyai komponen dan kemahiran yang diperlukan untuk kakipalsu atas lutut. dD memutuskan untuk membuat soket dD dan kemudian si pasang sengan “lutut+pylon+tapak Jaipur” untuk digunakan oleh Badrulhisham.

Pada 6/3/18, Badrolhisam datang mencuba kakipalsunya. Malangnya, kakipalsu yang di pesan dari Pak Dadan rendah 3”. Pak Dadan minta di pulangkan untuk ubahsuai. Pada masa itu kakipalsu buatan dD di cuba oleh Badrol. Dia Terus tertarik dengan keselesaan soket dD. Proses Fitting dan ubahsuai tidak mengambil masa yang lama…. akhirnya dia membawa balik kakipalsu model dD dan berpesan ‘kaki lagi satu tu bagi pada sesiapa yang boleh pakai’…. MOGA kaki Palsu atas lutut PERTAMA dari dD ini membantu Badrohisam di ladang nya di Jengka…

dD membuat keputusan untuk melawat Badrol di kediamannya di FELDA Jengka 2, Pahang pada 15/3/18 kerana keistimewaan kes ini kepada dD. Ini adalah produk atas lutut pertama buatan kami. dD juga sedang menghadapi fasa persepsi ‘murah itu mencurigakan’. Maka aksi Badrol sedang mengerjakan pokok nangka di rumahnya membantu kami yakin dengan hasil kerja sendiri. ini di muat naik dalam fb kedidi pada hari itu…

Pada 4/4/18 dD menerima cek dari Maijlis Agama dan Adat Resam Pahang (Zakat) untuk bekalan kaki palsu kepada Badrol. Ini detik penting kepada dD kerana ini adalah pelanggan pertama dari asnaf yang di biayai dari Zakat. Terima kasih Zakat Pahang‼️ Moga diberkati jua.  dD muatnaik baucer berkenaan kerana nilai sejarah pada kami✅

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close