dD KAKIPALSU “Tiada yang mustahil…”

 

86CD11B8-FFB2-4A2E-8964-2047FB2838C5

Frame kecil ini tergantung di atas pintu pemisah pejabat dan bengkel dDkakipalsu.

Ia menepati pegangan dDteam “Tiada yang mustahil…..”

“mesti ada cara lain……cari!!! “Kata Addison

“dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”, kata nenek moyang kita…. alangkah benarnya.

dD sentiasa ‘membuka mata’, mengutip ilmu dari berbagai sumber.  Dari…. ‘jalanan’, masalah yang ditemui lalu mencari penyelesaiannya di bengkel melalui cubaan demi cubaan. Kerapkali akan meminta panduan dari mentor yang bersedia datang ke bengkel bila saja di perlukan. Sesekali dDteam akan keluar ‘mempertajam ilmu’ di tempat-tempat yang mempunyai guru ‘jalanan’ dan dari menara gading

Tiada  yang mustahil⁉️✍️Cari cara lain‼️😳

1. 💯% buatan tangan adalah petanda pertama  ‘tiada yang mustahil’. Ini yang sering di sebutkan oleh pelanggan dan pemerhati kami. Ini disebabkan pemberi perkhidmatan prostetik kakipalsu di malaysia memasang komponen pylon dan tapak  kakipalsu dari buatan kilang. Hanya soket yang dibuat secara personal. dD membuat soket, pylon dan tapak 100% di bengkel kami. dD menganggap ini ‘biasa sahaja’ kerana pengamal seperti kami ramai beraksi di  luar negara…… TIADA YANG MUSTAHIL

2. Harga…. “ ini luarbiasa atau ini satu lagi penipuan❓❓” Ada pelanggan kami menyoal soalan keras seperti ini dalam Whatapps ‼️ Ada pula bersyukur dan merintih “saya rasa sampai mati pun saya tidak akan boleh berjalan lagi kerana saya sudah bertanya harga yang perlu dibayar untuk kakipalsu kepada pembekal di bandar ……….tempat saya tinggal. Terima kasih tuan!!”         Ya‼️ Memang benar.  Pembekal modular memberi harga asas (basic)   Rm 5,000 untuk bawah lutut (BK) dan RM 7,000  untuk atas lutut (AK). Komponen komersil biasa, mempunyai  piawai harga dan juga piawai mutunya.

dD menawarkan harga  bawah lutut Rm2,600 dan atas lutut Rm3,600… ada ketikanya 50% diskaun, ada ketikanya ‘bagi saja sumbangan yang mampu’,  ada ketikanya percuma  Masuk akal❓❓…… TIADA YANG MUSTAHIL

3. Soket: soket adalah komponen terpenting kakipalsu yang mementukan keselesaan pengguna. Ia penghubung kakipalsu dengan anggota kaki asli (stump). Ia di buat dengan cara ukuran dan acuan tunggul kaki (stump). Soket yang tidak sempurna akan menyebabkan rasa sakit dan sebagainya kepada pelanggan. Ciri bolehubahsuai pada soket ‘biasa

hampir tiada. Perubahan saiz stump selalunya ditangani dengan (tambahan atau kurangkan) lapisan stokin atau ganti soket baru.

Soket dD 💥💥 :  soket terbuka…. Ada 4 belahan pada soket dD. 2  belahan separuh dan 2 lagi belahan 100% atau 3 belahan separuh dan satu belahan 100%.  Belahan ini  membolehkan daging (soft tissue) di cengkam dengan lebih kejap dan selesa, juga mengelakkan tulang dari tertekan. Kulit di kawasan belahan itu pula boleh berpeluh dan kering lebih cepat. LEBIH ISTIMEWA 💥😀  belahan 100%  berkenaan, selain   fungsi di atas….PLUS  dengan FUNGSI TAMBAHAN…..untuk ‘ubahsuai saiz soket’. Ini bermakna soket boleh di besar kan atau di kecilkan pada skala terhad. Ini membantu menyelesaikan situasi saiz tunggul kaki (stump) yang memang sifatnya sentiasa berubah ( harian atau jangka panjang).

Bolehkah ciri besar seperti ini di hasilkan di bengkel kecil dD ❓❓… TIADA YANG MUSTAHIL

INILAH YANG MENGHASILKAN 🇲🇾dDfoot🇲🇾

TIADA YANG MUSTAHIL : kes GAMBANG

dD menerima ‘permintaan’ dari Zetty (wartawan Harian Metro yang pernah datang ke bengkal dan membuat liputan tentang dD) . melalui mesej mudahnya ‘caption berita di akhbarnya’. Murid Muhd Daniel Haikal dari SMK Lepar ini tidak boleh menggunakan kaki palsu  sedia adanya. Itu membawa kami keLepar….

E59A8344-A9FB-42CD-A831-A4ECCBAA0158

dD team merekabentuk dDFoot untuk pengguna pertamanya…. Alhamdulillah✅

6E3C83AE-551E-4C1D-B633-2C6D16F25298

4. nota kaki: ini bukan kaki palsu… tak mustahil 🔦🔦🔦🔦🔦🌴🌴🌴🌴🌴

F7C6EF3A-087F-4A3E-99FD-0DCB15C38A35

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close