🇲🇾dDteam🇲🇾 🇲🇾dDfoot🇲🇾

🇲🇾dDTeam🇲🇾

KEDIDI (dD)memulakan operasi secara tidak rasmi mulai jun 2017 dan secara rasmi pada 1/10/17 dan mula memuatnaik dalam Facebook rasminya pada 4/10/17. Idea penubuhannya  bermula dari perbincangan Iqbal Hakim bin Abdullah, adik-adiknya  Syafiq Ridhwan bin Abdullah dan Muhammad Uzair bin Abdullah (dDteam).

Iqbal yang terlatih dalam bidang elektrik tetapi juga meminati kerja tangan telah merantau dan membuat berbagai kerja ketukangan termasuk membuat gitar di Filipina dan kemudian pindah Bangkok. Bila sesekali pulang ke Malaysia , dia menumpang dan bekerja sambilan di Bengkel Don, pembuat kaki palsu buatan tangan milik rakannya Syahril Fitri di Jitra, Kedah. Iqbal Hakim balik ke Seri Kembangan pada April 2017 dan bermulalah “dDteam”

dDteam  telah membuka bengkel bersifat ‘bengkel keluarga’ yang di sokong penuh oleh ibu dan ayah mereka. Syafiq yang memiliki diploma Makanikal (gas) dan Uzair (diploma Pengurusan Hotel) telah mengubahsuai stor ‘KEDIDI Pakaian budak & Dewasa” di aras bawah menjadi bengkel Kaki Palsu (stor pakaian dan pejabat di pindah ke aras 1). Mereka bertiga memperhaluskan kemahiran membuat kakipalsu dari bahan fiberglas yang telah di kuasai oleh Iqbal (Semua kakipalsu buatan KEDIDI sebelum 15 February 2018 adalah dari bahan fiberglass).

5DDCF02A-3947-4AE1-B44A-89391D9148F0

(dDteam tinggal berdua , Muhammad Uzair keluar melanjutkan pengajian nya pada disember 2017)

dDteam  sentiasa menambah pengetahuann dan kemahiran secara tiori dan praktik dari berbagai sumber. Dari masa kemasa mereka mendapat ilmu dari mentor En Baderul  Hisham, Ketua unit prostetik dan ortotik, Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi ( sentiasa di jemput memberi tunjuk ajar di bengkel mereka.

dDteam  membuat membuat kunjungan ‘mempertajam ilmu’, menjejak SIFU ke Indonesia pada 3/10/18- 10/20/17. Nama besar perajin kaki palsu buatan tangan Indonesia seperti Dadan Hernawan (Bandung) dan Ali Saga (Tanggerang) di temui dan ditimba ilmu. Menyaksikan latarbelakang mereka dan melihat persekitaran kerja tokoh-tokoh perajin kakipalsu Indonesia ini, menambahkan  keyakinan dD bahawa “tiada yang mustahil”.

dD team juga ke India dan ini misi ‘mempertajam ilmu’ itu adalah puzzle terakhir bagi kelahiran  ‘dDfoot’.

🇲🇾dDfoot🇲🇾

😇✍️💥Latarbelakang💥✍️😳

Sepanjang masa, dDteam  juga membaca, menggali khazanah ilmu prostetik dan membuat cubaan demi cubaan, terutamanya menggunakan bahan polyethylene yang diamalkan secara meluas oleh ‘Jaipur Foot’ (India) . Manual penghasilan kakipalsu model  Jaipur Foot di fahami dan dicuba di bengkel  (manual di terjemah dan diberi tuisyen oleh adik mereka Siti Nur Syakirah binti Abdullah).

Cubaan demi cubaan di buat di bengkel sehingga dDteam sangat yakin polyethylene bukan sahaja boleh digunakan tetapi  juga boleh di buat penambahbaikan. Penambahbaikan kakipalsu oleh dD di buat bermatlamatkan  keselesaan kepada pemakai. Penambahbaikan inilah yang menjadi asas kepada versi “dDfoot”.

Dominic Chukan salah seorang pengguna kakipalsu fiberglass buatan dD yang berasal dari Sarawak dan kini merantau dan bekerja di restoran yang  berdekatan dengan bengkel dD. Dia bersetuju menjadi pengguna kepada kakipalsu inovasi dD. Pada 1/2/18, Dominic  telah mencuba prototaip soket dan kakipalsu ‘dDfoot’. Dia memberikan thump up👍 kepada keselesaan. Maklumbalas Dominic di gunakan untuk memperbaiki reka bentuk soketnya.

Sesi itu di abadikan dalam fb ini.

 

Untuk mengesahkan bahawa kaedah Jaipur Foot ini  berkesan, dDteam ke Jaipur, India dalam misi ‘mempertajam ilmu’ pada 5/2/18-10/2/18. Di sana mereka melawat, mendapat taklimat dan sesi tunjuk cara dari OP Sharma (om engineering), Vinod kumar (Nisha foot), M Dutta (International Fabrication) dan yang paling mengkagumkan adalah DR Mehta (dan pasukannya di BMVSS). BMVSS adalah  NGO yang ditubuhkan oleh DR Mehta pada….    Kini merupakan badan pembekal kakipalsu terbesar di dunia (secara PERCUMA)

kunjungan ke Jaipur mengesahkan bahawa ilmu dan bahan dari website (manual dll) serta youtube yang di teliti adalah praktikal.  kaki palsu yang di keluarkan  oleh BMVSS sahaja sudah mencapai bilangan 1.62 juta pengguna (hari kami ditaklimatkan: 9/2/18) dalam  tempoh masa 39 tahun.

Pada 11/2/18, Kedidi Kakipalsu mendapat liputan dalam rencana 2 mukasurat akhbar Metro. Rencana itu menyebutkan KEDIDI sedang mengusahakan model  ‘ala Jaipur foot’. Berterima kasih  dengan Akhbar Metro yang telah mengesan Kedidi kakipalsu maka kedidi melancarkan “100 kakipalsu 50% diskaun. Terima kasih Metro” mulai 15/2/18 . Kedidi berhasrat menawarkan kakipalsu inovasi nya iaitu  ‘dDfoot’ dalam tawaran ini.

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾dDfoot🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 ⁉️⁉️⁉️

dDfoot adalah kaki palsu yang direka bentuk oleh dDteam sendiri. Ia adalah cantuman ilmu dan amali dari pelbagai sumber.

🇲🇾🇲🇾🇲🇾ciri dDfoot🇲🇾🇲🇾🇲🇾

1. Kekal 💯% buatan tangan (bawah lutut). Atas lutut (lutut modular)

2. Super ringan (bawah lutut Kurang 1 kg).

2. SOKET ( 2 inovasi utama)

✅ Belahan di 4 tempat ( 2 belahan terhad, 2 belahan 100% atau tiga belahan terhad, satu belahan 100%). Belahan terbuka ini mempunyai beberapa fungsi yang menambah keselesaan.

1.Tidak menekan  di tempat bertulang (menghilangkan rasa sakit akibat dinding soket menekan tulang).

2. Mencengkam ditempat yang berisi (soft tissue) yang memberikan rasa padu dan stabil (solid)

3. Ruang pernafasan kulit lebih luas. peluh lebih cepat di serap udara. Ini meningkatkan keselesaan pemakai.

✅ Belahan terbuka 100%. Selain 3 kelebihan di atas, dua ruang terbuka 100% ini , boleh di UBAHSUAI saiz nya oleh pemakai  menggunakan strip (Velcro). Kaedah ini boleh membantu mengatasi situasi stump (tunggul kaki) yang sentiasa berubah saiznya. Saiz Stump  berubah   secara harian atau jangka panjang. Selalunya pemakai nenyesuaikan perubahan ini dengan cara menambah atau mengurangkan lapisan stoking. Perubahan jangka panjang di atasi dengan cara terpaksa mengganti kakipalsu baru mengikut saiz baru berkenaan. “dDfoot” membolehkan pengguna mengubahsuai saiz bukaan atau merapatkan ruang terbuka 100% pada soket sesuai dengan keselesaan nya. Ini mempelbagaikan pilihan kepada pemakai untuk mencari keselesaan pemakaian.

24/2/18 video mengenai ‘dDfoot’  ini dimuat naik secara rasmi dalam fb KEDIDI

 

Pengguna pertama dDfoot adalah adik Muhammad Daniel Haikal dari Lepar, Pekan , Pahang. pada 14/3/18….  kebetulan kisahnya disiarkan dalam akhbar harian Metro

Pada 16/4/18, Mirza Munira, jururawat dari Pontian merupakan penghuna dDfoot yang ke 10…..

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close