dD kedidi Mempertajam Ilmu: JEJAK JAIPUR, INDIA

Dari permulaan KEDIDI kakipalsu di tubuhkan, JAIPUR FOOT telah menjadi guru maya kepada dDteam . Selain ilmu dan kemahiran sedia ada menggunakan fiberglass, di bengkel dD kami memperdalam teknik dan bahan yang digunakan oleh Jaipur Foot melalui manual yang tersebar di alam maya. Ini kerana Jaipur Foot yang telah di kendalikan melalui BMVSS pimpinan  DR Mehta tidak mempatenkan inovasi dan teknik yang mereka gunakan. Objektifnya supaya ia boleh digunakan sesiapa sahaja bagi membuat kaki palsu yang boleh membantu insan OKU yang kehilangan anggota. Kami mengkaji dan mencuba kaedah ini yang dikatakan boleh menghasilkan kakipalsu dengan kos Pengeluaran paling murah di dunia. Kedidi telah membuat prototaip dan menguji nya. Ia memang  boleh digunakan. Ini membuatkan dD berazam untuk ke Jaipur bagi mempertajam pengetahuan mengenai kaedah ini.

JAIPUR FOOT❓DR MEHTA ❓BMVSS❓

Jaipur Foot adalah nama produk kaki palsu yang di reka cipta oleh Dr P Sethi  (Pakar tulang di SMS Medical college Hospital,  Jaipur) bersama Ram Sharma( tukang ukir). Ia berpunca dari dapatan,bahawa pesakit yang mendapat kaki palsu modular buatan syarikat eropah tidak mahu menggunakan kakipalsu berkenaan kerana tidak menyerupai kaki sebenar  dan tidak berfungsi sesuai dengan keperluan sosiobudaya India. Cantuman idea Pakar perubahan dengan tukang ukir ini menghasilkan inovasi hebat Jaipur Foot. Jaipur Foot adalah tapak kaki palsu yang menyerupai kaki sebenar.  Nama Jaipur  adalah nama bandaraya mereka.

DR MEHTA adalah pegawai awam( bekas Timbalan gabenor bank perbendaharaan India dan pengerusi bursa Saham  India).  Ditimpa kemalangan dan hampir hilang  kedua kakinya pada tahun 1968…… dia melihat pesakit yang di potong kaki, hilang semangat hidup dan hilang keupayaan mencari pendapatan. Keinsafan itu dia  pun menubuhkan NGO diberi nama BMVSS pada tahun 1975  dengan tujuan membantu OKU yang memerlukan kakipalsu.

BMVSS (Bhagwan Mahaveer Viklang Sahayata Samiti)

Badan NGO ini telah merevolusikan penggunaan Jaipur Foot. Jaipur foot pertama digunakan pada tahun 1968, (7 tahun pertama ia digunakan oleh hanya 50 orang sahaja). DR Mehta menubuhkan BMVSS pada 1975 dan Pada tahun itu sahaja sebanyak 59 Jaipur foot digunakan. kini di pusatnya di Jaipur sahaja lebih Kurang  35,00 orang penggunaan se tahun.  Hingga kini 9/2/18 (tarikh dDteam melawat pusat ini) sudah 1.62 juta penerima kaki palsu dari BMVSS…. semuanya PERCUMA.

Modus operandi nya mudah dan tanpa protocol : sesiapa  sahaja yang berkeperluan   mendapat kan kaki palsu boleh datang, di ukur, di buat, fitting dan bawa balik kakipalsu itu pada hari yang sama (sehari saja) secara PERCUMA. Badan NGO hebat ini bergerak membantu begitu banyak OKU ini hasil sumbangan derma pelbagai pihak. DR Mehta menyatakan ‘saya adalah pengemis terbesar di dunia’

dDTeam ke JAIPUR

Syarikat tambang murah Air Asia ada perkhidmatan Kuala Lumpur-Jaipur. Kedidi mengambil tiket pergi pada 5/2/18 dan balik 10/2/18. Rupanya fligh ini  adalah penerbangan pertama direct flight Air Asia di laluan ini.  Terkejut juga tenguk acara di pintu nak boarding dan dalam flight D 185 ada semacam acara.

Sejuk di Jaipur . Ambil teksi terus ke hotel Mayaa Mansion di tengah Kota. Cuaca musim sejuk masih berbaki di sini… ok la👍👍

Hari Pertama (6/2/18): Om Engineering works  (Gayatri Nagar,Sodala). Di tunggu oleh CEO nya OP Sharma (anak kepada PC Sharma, salah seorang dari Kumpulan pereka Jaipur Foot). Syarikat ini adalah pengeluar komponen prostetik  Juga pemberi perkhidmatan kepada OKU dari seluruh India. Hasil per bincang dan lawatan ke bengkel produksi amat positif👍

 

Hari Kedua (7/2/18): Nisha Foot Centre (Vijay Nagar, Kartapura). Di tunggu oleh Vinod Kumar Sharma ( Pengarah) di rumahnya kerana gudang besar adalah di aras bawah tanah rumahnya. Perbincangan dan lawatan komponen di gudang nya amat positif 👍

Hari ketiga (8/2/18): Jaipur Dari Mata Tourist. Tidak tenguk komponen kaki palsu👣👣, hari ni jadi tourist….. ke Amer fort ( Kubu merangkap istana raja abad ke 16. Kemudian… ke Hawa Mahal ( istana di tengah tasik untuk raja beristirehat pada musim panas. Kemudian… ke Istana Kota (city palace) dan akhirnya ke Albert Hall muzium. Semuanya MENARIK di lihat, cuma kami rasa tak perlu habis kan destinasi pelancung ini….

 

 

Hari Ke 4 (9/2/18): BMVSS dan DR MEHTA. Agak berdebar melangkah masuk ke Institusi besar ini. Apalagi nak berdepan DR MEHTA. Rupanya   Institusi gergasi ini amat mesra. Sebaik memperkenal diri, team kami di bawa ke pejabat DR Mehta. ”semua pelanggan kami di beri percuma, kami namakan itu ‘bantuan’ bukan ‘kebajikan’. Ini mengekalkan harga diri mereka”.  Falsafah diri personaliti ini meresap kepada anggota organisasi ini. Dr Mehta amat merendah diri dan menghormati tetamu tak kira siapa tamunya. Di tugas kan seorang pengiring kepada kami (Mr Raj) yang membawa kami dan memberi penerangan dan meminta anggota teknikal di setiap titik operasi pengeluaran memberi penerangan dan menunjuk cara kepada kami. MEMBUKA MATA DAN MINDA. Lawatan ini bertaraf 5bintang pada skala dD  👍👍👍👍👍 memang ‘tiada yang mustahil’.

 

Hari Ke 5 (10/2/18): International Fabrication. (Jagatpura)M Gupta mengeluarkan 86 peralatan ortopedik dan baru mula memasarkan ke peringkat antarabangsa.

7909F54E-7619-4F8A-87DC-DCFF6330133B

Pada petangnya ( sebelum bertolak ke airport), OP Sharma datang memberitahu dia ada tiga pelanggan yang datang untuk dapatkan kakipalsu atau perlukan service. Kami keluar awal dan terus ke pusat service  Om Engineering dan dapat meneliti cara kerjanya. Terima kasih jua

Dari situ kami bertolak ke airport Jaipur untuk penerbangan jam 11.15pm Jaipur-Kl.

TERIMA KASIH JAIPUR DAN JAIPUR FOOT

***sisipan

Stesen Keretapi Jaipur: satu pagi

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close