dD celah kehidupan 8: Pn Ahibah Bt Alias (Pasir Gudang)

KEDIDI menerima Whatapps dari Pn.hjh. Dahlia dari Johor pada 30/12/17 bertanyakan urusan pembuat an kakipalsu untuk ibunya. Seperti biasa perkara pertama yang di minta oleh KEDIDI adalah gambar kaki pelanggan yang perlu di buat kaki palsu berkenaan.

Berdasarkan penelitian gambar yang di beri, boleh dibuat…..

A22AF143-10AF-4535-9FC1-17A12EE91DC2

Pada 6/1/18, Pn Dahlia bersama anak-anaknya membawa ibunya PN AHIBAH BT ALIAS ke bengkel KEDIDI. Ini dimuatnaik dalam fb KEDIDI pada petang itu  (dengan izin)

ECA619EA-1A1E-4DE7-A790-0912E3A94E67

Pn Ahibah adalah isteri peneroka felda di Negeri Sembilan. Kakinya tertusuk paku pada 2013. luka kecil itu melarat sehingga kakinya terpaksa di potong. “Hilang kaki, hilang upaya berjalan, tak boleh perkara mudah yang saya nak buat… tak boleh ke majlis kenduri orang. Rasa tak berdaya dan sunyi”.  Dia bertuah kerana mendapat subsidi dari FELDA untuk kaki palsunya dan bakinya di biayai anak-anaknya. Kaki palsunya yang terus di buat pada 2013. Selepas  lebih 5 tahun soket kakipalsu berkenaan sugar longgar dan tapaknya pula sudah separuh reput.

Dengan kesihatan yang semakin perlukan perhatian dan rawatan, dia terpaksa tinggal kan rumah feldanya dan tinggal di pasir gudang. “Anak-anak saya di Johor… mereka yang jaga saya”

KEDIDI menyiapkan kakipalsu Pn Ahibah dari fiberglass, polyethylene dan getah dalam maaa 2 minggu. Pada 21/1/18. Sekali lagi Pn Hjh Dahlia datang, kali ini bersama suami dan adik nya.

Pn Ahibah  berkali-kali menyatakan bahawa dia tidak membayar bayaran kakipalsu pertama, kakipalsu yang ini, kerusi roda dan lain-lain. “Anak menantu saya yang berikan segalanya ini pada saya. Saya amat bersyukur mempunyai mereka”. Jelas dia gembira walau Kurang sihat dan selera makannya menurun….

video ini di muatnaik pada petang 21/1/18

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close