Di celah kehidupan 7: Pn. Asiah (Kundang)

Shahrul ‘like’ fb kedidi dan kemudian berhubungan melalui Whatapps. Gambar stump bawah lutut kaki ibunya (Pn Asiah) boleh di buat kaki palsu untuk nya. Dia bertanya tentang bayaran dan seperti biasa KEDIDI memberikan 3 pilihan bayaran. Bayar penuh RM 2,600 (bagi yang mampu), bayar ikut kemampuan bagi yang Kurang mampu dan PERCUMA bagi yang tidak mampu (miskin).Shahrul, dia akan membuat sumbangan kerana Kurang mampu.

Shahrul membawa ibunya ke bengkel dD pada 8/12/17 untuk pemeriksaan dan ukur oleh team Kedidi. Dia yang  sebelum ini bertugas dan tinggal di Tanjung Malim telah berpindah balik tinggal bersama ibu dan abang nya Di Kundang untuk boleh membantu abangya menguruskan ibu mereka.

Pn Asiah bukan mengidap kencing manis. kakinya membengkak dan sakit tanpa di ketahui puncanya. Doktor menjangkakan ia berpunca dari gigitan haiwan berbisa. Dia pasrah dan menerima takdirnya dan redho. Cuma dia merasa amat bosan dan rasa terkurung dalam rumah. Bergerak menggunakan kerusi roda tapi tak boleh keluar rumah. Dia yang sebelum ini mengusahakan gerai makan berharap boleh berjalan semula.

Anak-anaknya memahami hasrat terpendam ibu ini. Shahrul pernah membayar Rm 600 kepada orang yang berjanji membekalkan  kaki palsu untuk ibunya. Dia TERTIPU. Tidak ada kaki palsu dengan harga begitu. Bila membaca fb KEDIDI, dia beranggapan ini kemungkinan besar adalah PENIPUAN  lagi….. Tapi dia merasa tak ada rugi nya mencuba.

Dia datang bersama anak isteri dan ibunya… ini dimuat naik dalam fb kedidi pada 8/11/17

IMG_3042

Pada 18/12/17, dD memaklumkan kepada Shahrul Bahasa kaki ibunya sudah siap dan boleh datang untuk cuba dan fitting bila ada kelapanga. Dengan pantas dia memberitahu akan bertanya ibunya, dan kemudian menetapkan untuk datang pada khamis 21/11/17. Pada hari itu, mereka sekali lagi datang…. mencuba…. ubahsuai…Cuba lagi… bertatih… mula berjalan perlahan……

Sebelum pulang…. dia bukan memberi sumbangan TETAPI membayar PENUH.

Berbahagialah Pn Asiah.

Moga kaki palsu ini MEMBANTU puan berjalan dan boleh keluar menghirup udara di luar semula. Aamiin.

IMG_3043.PNG

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close