Di celah kehidupan 6: Tengku Rizdwan (Besut)

KEDIDI menerima mesej Whatapps  dari Tengku Rizdwan pada waktu pantai timur di landa Banjir. Soalan pertama nya…. benarkah percuma? Dia mengambil risiko meminta rakan kampungnya  memghantarnya ke bengkel dD pada 5/12/17  walaupun banjir belum pulih sepenuhnya. KEDIDI memuatnaik ini pada tengahhari nya.

IMG_2994

dalam Komunikasi whatapps  sehingga lah waktu berada di bengkel kami, soalan yang yang sama amat kerap di tanya “betul ke Percuma?”. Pada peringkat awal, seperti biasa dD memberikan 3 pilihan membayar:

1. Mampu: bayar penuh Rm 2,600

2. Kurang mampu: beri lah sumbangan.

3. Tidak mampu: Percuma.

Dia menyatakan tidak mampu berkati- kali. Ini respon biasa yang kami lalui. Sewaktu dia datang untuk fasa pemeriksaan dan mengukur, first impression kami, insan ini mungkin tidak bercakap benar tentang ‘kemampuan material nya’. Dengan wajah tampan dan rambut di potong rapi style masa kini…. ini kelihatan orang ‘senang’. Apa lagi dia menulis pekerjaan ‘kontraktor TM’.

KEDIDI tersalah tafsir. Wajah kemas nya adalah disiplin diri dan anugerah. Pekerjaan nya adalah juruteknik kontrak dengan subkontraktor TM di Besut. Gaji kontrak sebulan RM 1,000 sahaja. Dengan gaji itu lah dia menampung kehidupan isteri dan 3 anaknya secara kampung di 28A, Kampung Air Tawar, Besut, Terengganu.  Rumah itu pula adalah rumah pusaka yang di huni berkongsi dengan 3 lagi keluarga (keluarga nya 6 bersaudara).

Para 10/3/17 , dia yang  menonggang motosikal telah melanggar kereta, dia dirawat di hospital Kubang Kerian hampir dua bulan…. hilang kaki kiri bawah lutut, tangan kiri tidak berfungsi…….Dia sedang melalui trauma peribadi yang besar setiap detik‼️‼️‼️

Satu lagi persoalan penting m, dan  genting, yang setiap  hari, hingga kini terus  menghimpit dan sentiasa berputar ligat dalam fikiran dan dalam mimpinya ADALAH ….. bagaimana HENDAK mencari Rezeki❓❓❓ Bagaimana memberi makan kepada isteri dan 3 anaknya❓ Bagaimana membesarkan mereka❓Bagaimana menyara persekolahan mereka❓….. Bagaimana MENGHIDUPI HIDUP❓❓❓ Soalan yang TIDAK ADA JAWAPAN hingga kini. Dia sedang bertempur dan berperang dengan reality hidup‼️‼️

Dia kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan Rm 200 sebulan dari JKM dan pemberian makan minum ehsan saudaranya.

Kenapa soalan lazimnya “Betul ke Percuma?”

MOGA MEMBANTU DAN DIBERKATI

Dia datang semula untuk fitting dan membawa pulang kaki palsu nya pada 19/12/17. Sekali lagi menumpang rakan sekampung yang sudi membantu. Masih jauh perjuangan dan perjalanan hidup anak muda ini……

fb Kedidi memuatnaik ini pada malam 19/12/17:

IMG_2998

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close