dD celah kehidupan 5: Muhd Zaim (Masai)

KEDIDI mula mendapat mendapati nama keluarga istimewa  ini dalam fb…

0BCCAD46-D112-4A69-847D-A98701F902F2

Kemudian menerima mesej Whatapps dari Mohd Daniel  yang bertanyakan kos pembuatan kaki palsu. Seperti biasa, kami  minta gambar untuk di nilai jurang ‘keupayaan kami’ dengan ‘darjah kerumitan’ membuat kaki berkenaan. Gambar stump bawah lutut yang di berikan adakan boleh di buat kaki palsu di bengkel kami. Ini adalah kaki insan istimewa Muhd Zaim Zainuddin yang kehilangan kaki kanan bawah lutut akibat kemalangan jalanraya pada awal tahun 2017.

Muhd Zaim bersaudara datang ke bengkel dD pada 4/12/17 untuk mengukur. Yang menarik tentang mereka ini adalah ‘pendekatan’ bayaran yang mereka ambil. Seperti biasa dD menyebutkan kategori bayaran.

1. Mampu: Bayaran penuh RM 2,600

2. Kurang mampu: bayar sagu hati sewajarnya

3. Tidak mampu/miskin tegar: PERCUMA

Mereka membayar sepenuhnya. dD ‘terkejut’ dengan sikap ini. Meneliti penampilan setiap wajah dan batang tubuh yang berada di depan mata, meneliti pula kenderaan (Proton wira) yang datang,  dD membuat telahan bahawa mereka ini bukan lah dari golongan kaya. Mereka hanya makanik bengkel motosikal. Bapa mereka yang berusia 72 tahun masih gigih mencari nafkah bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Sikap mereka memilih bayaran kategori 1, ini adalah ‘luarbiasa’ pada pengalaman  dD. Mereka boleh meminta bayaran kategori 2. Sebahagian pelanggan kami, meminta untuk kategori 3, walaupun agak mampu.

Keyakinan diri Muhd Zaim adalah tinggi. Bila dD meminta izin untuk mengambil gambar dan kemudian minta persetujuan jika dibenarkan untuk dimuat naik di fb dD , dia dan keluarga sepontan menyatakan tiada halangan jika memberi manfaat kepada orang lain.  Detik ini di muat naik pada petang itu juga.(dengan izin)

IMG_2941.PNG

Mereka datang semula pada16/12/17 untuk fitting, ubahsuai dan cubaan menggunakan kaki palsu Muhd zain. Mendengar lebih mendalam tragedi yang di lalui Muhd Zaim, adalah kisah  tersembunyi dan menarik tentang keluarga dan tentang masyarakat Malaysia.

Keluarga ini: Sokongan tanpa noktah keluarga adalah sumber kekuatan anak muda ini melalui trauma hidup nya. Hilang kaki bukan satu-satunya keperitan yang di lalui nya. Dokumen diri yang tidak jelas Status kewarganegaraan nya telah memberi beban besar kepada faedah kemudahan kesihatan dan lain-lain urusan. Belanja perubatan terpaksa belasan ribu ringgit terpaksa di tanggung sendiri. Keluarga ini berhabisan dan mereka bertuah masyarakat juga datang membantu mereka yang sedang kepayahan ini.

Masuarakat Malaysia ( kes ini Johor): Satu lagi bukti nyata peribadi mulia masyarakat Malaysia kepada kes musibah yang genuine seperti ini.  Anggota keluarga ini menyebutkan tragedi dan kesukaran yang dilalui melalui hebahan maya dan nyata kepada kenalan dan komuniti  kelab Pemotoran JB dengan program mereka KITA (kami Ingin Tolong Anda) telah mendengar keperitan keluarga ini membiayai rawatan Muhd Zaim…. warga perihatin JB ini telah membuat sumbangan membiayai rawatan berkenaan.

Malam 16/12/17, video ini di muat naik di fb Kedidi kakipalsu. Salute dari KEDIDI kepada keluarga Hj Zainuddin dan komuniti JB. 🙏

IMG_2940

Semoga dipermudahkan perjalanan hidup Muhd Zaim dan keluarga kental ini. Aamiin.

Pada 7/4/18, dD team sekali berada di Johor, kami bawa juga Kakipalsu yang dah lama di siapkan untuknya. kami mahu ke bengkelnya, melihat sendiri kehidupan dan kerjayanya…. anak muda ini, ZAIM memang satu inspirasi….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close