Di celah kehidupan 4: Dominic Chukan (Matu Daro)

KEDIDI mendapat ‘like’ Dominic dan seterusnya berkomunikasi menerusi aplikasi Whatapps .  Melihat sepintas lalu fb nya di dapati anak muda ini meletakkan bandar Sibu sebagai bandarnya. Ini mengingatkan dD Team  kepada tempat mencari rezeki dan bertugasnya satu ketika dulu (SMB Sacred Heart). Sekarang ini pula anak muda ini pula yang merantau dan bekerja si salah sebuah restoran yang menghidangkan menu istimewa kaum Iban di seri kembangan, Selangor. Dia benar-benar tinggal berdekatan bengkel KEDIDI.

komunikasi Whatapps berikutnya mendapati dia sudah ada kaki palsu, tapi sudah berusia 7 tahun tajaan JKM sewaktu di Sarawak. Sudah mendapat gantian, tetapi tidak digunakan langsung kerana tidak selesa. Oleh itu dia terus menggunakan yang lama walaupun kaki palsu itu telah uzur.

Dominic pertama kali datang ke bengkel KEDIDI pada 7/12/17  bersama rakannya Ah Keong (Iban-Cina) dari Kuching. Mereka datang menumpang perkhidmatan UBER. dD Team mengukur dan mendapat sedikit latar belakang pemuda ini serta meminta kebenaran memuat naik gambar dan kisahnya dalam fb KEDIDI. (KEDIDI selalunya meminta kebenaran ini bagi membuat agakan tahap pelanggan menerima kenyataan dirinya dan memberi semangat kepada orang lain yang senasib)  Dominic tanpa ragu membenarkan gambar dan kisahnya di muat naik dalam fb KEDIDI.

IMG_2943

dD Team mengukur, merekabentuk dan membuat kakipalsu untuk Dominic . Selepas siap, pada 14/12/17 dia datang, kali ini bersaorangan. Alhamdulillah, kaki  palsu yang di buat untuknya sesuai digunakan selepas pengubahsuaian.

Secebis kisahnya boleh menjadi inspirasi kepada insan yang melalui tragedi sepertinya. Kemalangan jalanraya di bandar Mato Daro, Sarawak pada malam sebelum menyambut Aidilfitri oleh kaum Muslimin menyebabkan dia terlantar di Hospital Sibu. Kaki kanannya terpaksa di potong paras bawah lutut. Mengalami situasi begini benar-benar meragut semangat hidupnya. Walaupun sembuh, jiwanya tetap berperang. Rasa rendah diri, murung, rasa tidak berguna lagi… ‘ada detik nya saya rasa lebih baik mati saja’. Fasa mengurung diri ini hampir 4 bulan penuh. Sumber kekuatan nya adalah ibunya yang tidak pernah putus ada terhadapnya.

Peristiwa penting yang menjentik jiwanya untuk bangun semula adalah melihat salah seorang penghuni rumah panjang nya (Francis Kiai, Ng Singat, Sibu) yang mengalami nasib yang sama, di potong kaki, memakai kaki palsu tetapi boleh terus hidup dan boleh bekerja di sawah ladang. Ini membuka semula horizon pemikirannya. ‘Hidup belum berakhir’. Dia kemudiannya mendapat tajaan JKM untuk mendapat kaki palsu di Kuching. Kini, kaki itu kini berusia 7 tahun dan sudah rosak.

Dengan kaki usang itu, dia keluar dari rumah panjang Francis Kiai di pedalaman Mato Daro, ke Kuching. Dari Kuching membuat keputusan mencari razeki ke semenanjung. Bermula di Johor dan kini di Seri Kembangan, Selangor          ( bekerja di restoran makanan eksotik Sarawak)

“hanya saya yang benar-benar boleh membantu diri saya”….. adalah kata-kata besar yang keluar dari mulut insan kerdil ini. Dia memberi sumbangan RM 200 sahaja….. tetapi semangat dan kata2 nya itu tidak ternilai harganya . Salute dari KEDIDI.

IMG_2942

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close