dDcelah kehidupan 3: Pak Udin (Batu Pahat)

KEDIDI kakipalsu mendapat ‘like’ insan dari batu pahat dan kemudian kemunikasi whatapp  yang lebih mendalam tentang situasi fizikalnya  yang perlukan kaki palsu. Berusia 40an, mengidap kencing manis sehingga kakinya terpaksa di potong kali pertama satu jari, kali kedua lagi 3 jari dan kali ketiga paras bawah lutut. Meneliti gambar stump (baki kakinya), dD Team boleh membuat kaki palsu untuknya.

Pada 30/11/17, Pak Udin datang ke Bengkel KEDIDI dengan teksi sahabat persekolahannya,  Pak Abu. Selalunya, pelanggan akan di minta datang 2 kali ke bengkel kami. Kali pertama untuk proses menilai kaki berkenaan dan kemudian proses mengukur. Kali ke2 pula, apabila kali berkenaan siap, pelanggan datang untuk mencuba pakai, ubahsuai jika perlu dan seterusnya mengambil pulang kakipalsu berkenaan jika sudah boleh pakai.

Kes Pak Udin berbeza. Melihat keadaanya, KEDIDI membuat keputusan untuk selesaikan sehari sahaja. Selalunya ini boleh di buat bagi kes yang ada keperluan. Dari pagi hingga malam, seorang anggota dD membuat, tapi bila fitting, didapati tidak selesa. Kerja perlu di sambung esuk (hari ke 2). Pak Udin dan Pak Abu bermalam di lantai bengkel KEDIDI pada malam itu. KAMI MOHON MAAF, itu saja yang kami boleh tawarkan

dimuatnaik fb KEDIDI pada petang 30/11/17 setelah di beri izin.

IMG_2944

hari kedua 1/11/17, ubahsuai demi ubahsuai dibuat membawa ke malam… ada komponen yang terpaksa di buat semula. Akhirnya jam sembilan malam, kaki palsu Pak Udin boleh di pakai. Produk ini amat beratnya 3.5 Kg. Ini terlalu berat ( selalunya tidak sampai 2 Kg). Ini pasti akan memberi kesan kepada Pak Udin. Walaupun begitu Pak Udin terus menyatakan terima kasih kepada KEDIDI. Alhamdulillah . (Insyaallah , kami akan buat satu lagi untuk Pak Udin)

dimuatnail pada fb KEDIDI pada petang 1/11/17 dengan izin nya.

 

IMG_2946.PNG

Perjalanan hidup Pak Udin sepanjang 3 kali di bedah dan dipotong anggota kaki kanan akibat penyakit kencing manisnya ini adalah laluan penuh getir. Pembedahan kali pertama, satu jari kaki kanan di potong, seperti ada tuah pada satu sudut. Dia menggunakan produk herba yang dikatakan berkesan sehinggakan dirinya menjadi bukti penting keberkesanan produk berkenaan. Pak Udin pergi ke merata tempat di Malaysia hingga ke Indonesia mempromosikan produk berkenaan. Rezekinya berada di situ.

Beliau juga menjadi peniaga hasil kampung di gerainya yang tersergam di Parit Raja, Batu pahat.

Di petik dari fb perniagaan hasil kampungnya.

IMG_2947

Walaubagaimanapun, Allah mengujinya lagi. Kali ini lagi 3 jari kakinya terpaksa di potong. Ujian ini ternyata amat getir untuknya kerana 2perkara dilaluinya. Pertama: keupayaan untuk berjalan secara biasa sudah hilang             ( terpaksa berkerusi roda) . Kedua: Period ini juga rumahtangganya teruji dan pasangan ini berpisah.

Allah terus mengujinya. Pembedahan ketiga terpaksa di buat dan kali ini dia kehilangan kaki kanan paras bawah lutut. Kehidupan nya benar- benar mencabar. Punca pendapatan terputus. Perniagaan membeli dan menjual hasil kampungnya itu terpaksa berhenti operasi kerana dia tidak boleh lagi bergerak membeli bekalan hasil kampung di merata ladang si kawasan itu.

Kehidupan perlu diteruskan, Pak udin berusaha mendapatkan bantuan bagi memperolehi kakipalsu untuk kegunaannya mencari rezeki untuk menampung hidupnya dan anaknya. Dia masih menunggu jawapan dari agensi yang ditemuinya. Dia menemui pembekal swasta di Batu Pahat dan dia tidak mampu menyediakan bayaran RM 5,500. Pak Udin berputus ada dan mengungkapkan  “aku tak akan boleh berjalan sampai mati kerana tak mampu”. Dalam keadaan begitu, dia terbaca fb KEDIDI dan begitulah ceritanya….

walaupun sudah pulang dengan kaki palsu, kaki yang kami bekalkan kurang selesa kerana berat. KEDIDI akan cuba membuat semula kaki untuk Pak udin….. moga kita jumpa lagi.

dD team membuat satu lagi kakipalsu untuknya dan kami ka Batu Pahat untuk menyerahkan kaki palsu baru itu (juga untuk Mazlan Pani dan Wak Tukijan)

8522445F-2468-4F1C-95DC-6E474699193B

 

Nota:

pada pagi jumaat 13/7/18, sahabatnya Pak Abu menelefon dD dan memaklumkan bahawa Pak Udin telah kembali ke Rahmatullah. Innalillahiwainnailaihirajiun. Moga Allah tempatkan di sisi orang beriman. Aamiin.

C9C0060A-2292-4CEF-B71E-A38AA4AF6823

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close