🇲🇾KAKI PALSU🇲🇾 : Ini bukan Jabatan …… Maka Permudahkan ‼️

(Layari fb ‘ Kedidi Kaki Palsu 100% Handmade Malaysia’)

dDKedidi berkembang melalui fb dan whatapps. Menawarkan produk dan perkhidmatan ‘khusus’ yang pembekalnya boleh di ‘bilang dengan jari’ di Malaysia. ‘kaki palsu’ hanya di buat oleh mereka yang ‘ahli’ dan terlatih. Perkhidmatan dan produk ini mempunyai piawai ‘harga’ yang jelas. Bagi kaki palsu bawah lutut (BK) harga asasnya lebih kurang RM 5,500++ dan bagi atas lutut (AK) lebih kurang RM 7,500++. Harga itu boleh menjangkau RM PULUHAN RIBU  bergantung kepada spesifikasi dan kompleksiti komponen.

“RINGANKAN”: KEDIDI menawarkan harga ‘maksimum’ RM 4,900 (BK) dan 6,600 (AK).  Ini adalah harga untuk dDFoot dFlex (versi terkini dDKedidi) yang mempunyai ciri-ciri  istimewa tersendiri. Kaki palsu versi awal kedidi hanya berharga RM 2,600 (BK) dan RM 3,800 (AK).   Ada  ketikanya dD memberi diskaun 50% , dan  ada ketikanya “berikan saguhati yang termampu” dan ada ketikanya kepada pelanggan tertentu,  “percuma untuk kamu”…… kami tidak bersaing, kami menawarkan PILIHAN kepada pelanggan yang kurang mampu.  INI, menimbulkan persepsi negatif kepada segelintir masyarakat maya yang menjenguk fb kedidi, dan lebih ketara ‘terselit’ dalam soalan di whatapps kami. Ia seakan-akan menggambarkan harga ‘murah’ ini macam ‘tak masuk akal’ atau ini ‘mainan’ atau ini satu perangkap ‘menipu’.

95E4DED0-5758-4946-BBC7-F12C9CEFA349

PERMULAAN !!

dDkedidi memulakan perniagaan membuat dan dan membekal kaki palsu ini pada 2/10/17. Mulai 27/10/17 kami menawarkan kaki palsu percuma kepada OKU yang tidak mampu (dana dari rakan dan kenalan).

“KAKI PALSU PERCUMA” ini telah memberi makna mendalam kepada dDTeam. Wajah dan persekitaran hidup insan OKU yang mendapat kaki Palsu percuma itu memberi kesan tersendiri….

Pelanggan pertama : “…. Saya ingat, sampai mati pun saya tak akan boleh berjalan semula   …. kaki palsu ni mahal !”  Rintih Pak Udin (45), amputee kencing manis yang hilang kaki, juga hilang pendapatan, juga hilang keluarga. Dia sebatang kara.

’PERMUDAHKAN ’ mula terasa…. 

DAN, kami mula mendengar rintihan2 BISU yang tidak kedengaran di telinga kami sebelum ini……

….. kena isi borang ada 70 maklumat kena tulis, pastu  saya  kena cari 3 sebutharga… saya tanya, mana nak dapat sebutharga tu, pun dia tak tahu !!!….. saya campak je borang tu!  (Hj Muda-Maran)

……. pergi kat  xxx dia kata ini patut mohon kat xxxxxxxx ! tapi masa keluar wad, xxxxxxxx kata kena mohon kat xxx !….saya tahu saya dah jadi bola… (Adeli-k.Lipis). Akhirnya dia melancarkan sendiri tabung bantuan untuk membiayai kaki palsu untuk dirinya di FB nya sendiri.

….. Susah nak dapat bantuan.. kena pi Tasik Apong (xxx) , kena pi Bakar Arang (xxxxx)… isi borang pulak. Saya takdak kaki, mata pun buta dah sebelah…. Susah sangat, tak payah la!! (Norsaedah- Sungai Petani)

…. ambil masa yang lama kerana banyak prosedur dan SOP (Raja Othman – Machang)

‘PERMUDAHKAN’ makin memberi makna.., 

RINGANKAN & PERMUDAHKAN, rupanya adalah kata-kata biasa yang sukar untuk  ‘di terjemahkan’

1/2/19: KAKI PALSU PERCUMA ini terpaksa di hentikan akibat kekurangan sumber. Tapi, Sembilan hari selepas dihentikan, pada 9/2/18, pertemuan dengan DR Mehta (BMVSS) di Jaipur, India (dDTeam kesana untuk mendapatkan  ilmu teknikal). DR Mehta, benar-benar telah membuka horizon baru dan perspektif yang segar tentang  keparluan ‘kaki palsu’ ini.

Sejak dia memulakan BMVSS pada 1975 sehingga tarikh kami melawat pusat nya di Jaipur  pada 9/2/18, badan itu telah membekalkan  kaki palsu kepada 1.62 juta  penerima. BMVSS adalah pengeluar kakipalsu terbesar di dunia (Times megazine)…. ..semuanya percuma . DR Mehta secara bergurau menyatakan saya adalah pengemis terbesar di dunia”.

PENGEMIS ? TETAPI di sana, insan istimewa yang memerlukan kaki palsu ‘tidak perlu meminta apatah lagi merayu. Mereka hanya perlu ke pusat servis BMVSS, mendaftar nama, di ukur, menunggu kaki palsu nya di siapkan, dan mendapat kaki palsunya…..SECARA PERCUMA. 

Beza langit dengan bumi (Kontradik), antara suasana di BVMSS dan suasana di tanah air 🇲🇾 membuatkan dD membuat pertimbangan …. (prosedur dan tatacara perolehan Jabatan dan agensi memang perlu untuk menjaga wang awam yang terhad itu supaya sampai kepada yang benar-benar layak dan berhak) ……..Hakikat nya, di sana sini, terselit OKU daif yang ‘tak mampu’ melalui karenah tatacara ini. Akhirnya, mereka menarik diri dan pasrah.

12/2/18 (12 hari selepas ‘PERCUMA di hentikan dan 3 hari selepas berbual dengan DR Mehta, Sehari selepas rencana tentang dD tersiar di akhbar Metro):BERSENDIRIAN dan dengan penuh sedar, dD membuat keputusan drastik  ‘diskaun amal 50%, tanpa syarat’. Facebook dD pada 12/2/18 menghebahkan diskaun amal ini . Ini bermakna , dD hanya mengenakan bayaran RM 1,300 (bawah lutut) dan RM 1,800 (atas lutut). Waktu itu, harga biasa kaki palsu kami adalah RM 2,600/3,600. dD berupaya untuk menampung diskaun amal 100 kaki kepada 100 pelanggan atau tempoh masa tertentu sahaja.

431A2401-684A-47F5-863E-B10D24BCBD97

RINGANKAN & PERMUDAHKAN cuba di terjemahkan …….

++++++++++

PERCUMA dari PruBSN Prihatin  !!!   “MOBILITY IS LIFE”

21/6/18 Farid memberi salam…. 6/7/18, Khairuddin (k) Farihah dan Farid dari PruBSN Prihatin (sayap amal PruBSN Takaful) datang  berkunjung ke bengkel….

28/9/18, ‘Mobility is life , milik PruBSN Prihatin di lancarkan oleh Encik Wan Saifulrizal bin Wan Ismail, Chief Marketing Officer Prudential BSN Takaful Berhad di bengkel dDKedidi.

EADEE5E5-7346-44C9-A480-53F5127622B5

8/7/19: “Mobility is life” di sambung lagi…

RINGANKAN & PERMUDAHKAN menemui bentuknya…..

‘MOBILITY IS LIFE’ : LANGKAH GERGASI

Ini  mungkin CSR biasa, tapi ia adalah langkah gergasi dalam konteks RINGANKAN  & PERMUDAHKAN. Bukan sekadar ‘apa’ yang diberi  (kaki palsu), tetapi juga ‘bagaimana’ memberi? (cara di sampaikan). KAMI (PruBSN & dD) bersama-sama mengubah perspektif  dan mula melihat inisiatif ini dari ‘sudut pandangan OKU……’ SOALAN biasa yang kami tanya kepada proses kerja kami:

✔️ Bagaimanakah mahu memberikan kaki palsu  kepada OKU (yang kepayahan dan tersisih ini) tanpa memberi beban baru kepada mereka?? (birokrasi dan ulang alik) ✔️Masihkah mereka merasa bahawa mereka sedang mengemis, merayu dan meminta di kasihani?? (birokrasi, ulang alik dan ketidakpastian). ✔️ Bolehkah program ini memberikan,  bukan sekadar ‘kaki  palsu’ ?? ( RINGANKAN mereka, PERMUDAHKAN mereka… BAHAGIAKAN mereka walau hanya seketika).

MAKA , Kami;

✔️Mempermudahkan perincian dokumen. Perakuan kendiri pendapatan yang di sahkan ketua komuniti sahaja (jika tanpa slip pendapatan) ✔️Maklumat hanya melalui melalui Facebook, whatapps atau telefon sahaja. ✔️Permohonan di buat oleh dD kepada PruBSN (tidak perlu di buat oleh OKU) ✔️Penyerahan tanpa apa-apa majlis dan protokol.

RINGANKAN & PERMUDAHKAN….. tanpa henti❗️❗️

✍️Bengkel boleh di buka 24 jam sehari, 7 hari seminggu (dengan temujanji).
✍️mulai 20/2/19.  ✔️dD menyiapkan kakipalsu dalam tempuh masa 24 jam ✔️PruBSN PRIHATIN membiayai penginapan…MAKA, Mereka hanya perlu datang sekali sahaja ke bengkel (ukur hari ini, fitting esuk nya).
✍️mulai 7/3/19. dD akan ambil dan hantar semula ke stesen pengangkutan awam, jika OKU datang menggunakan pengangkutan awam. Stesen bas TBS (Pertama:Salinah dari Mersing pada 7/3/19) , Stesen ETS KL Central (Pertama: Mahizal dari Alor Setar).
✍️9/1/2020: inovasi dDFoot. Siap ada (ready made),TANPA UKUR, TANPA TUNGGU. Pengguna pertama  Wak Leng dari Simunjan, Sarawak.. Terus pasang, terus fitting dan bawa balik kaki palsu nya. MASA : 3 jam

✍️Mulai 16/6/2020: Bermula nya ‘MOBILE SOLUTION’. Pengguna pertama Pn Mazlin dari Felda Palong timur.  Mobile solution bermakna, dDTeam membawa kaki palsu, peralatan bengkel dan pakar kami ke rumah OKU amputee asnaf mengikut laluan ‘misi’: Utara, selatan atau timur. Ini menjadikan rumah mereka , seakan-akan ‘ONE STOP CENTRE’ mereka, mereka memohon dari rumah (FB @whatapps), dan menerima perkhidmatan juga di rumah mereka. 

RINGANKAN & PERMUDAHKAN

+++++++++
p/s: nota kaki
Terngiang-ngiang, suara OKU, dia balu, 5 anak tinggal bersama (anak sulung, duda: anak kedua, janda anak satu: anak ketiga, masalah mental anak keempat, cicir tingkatan 4: anak ke lima, darjah 6) . Dia merintih  “……Susah nak dapat bantuan.. kena pi Tasik Apong (xxx) , kena pi Bakar Arang (xxxxx)… isi borang pulak. Saya takdak kaki, mata pun buta dah sebelah…. Susah sangat, tak payah la!!”  (Norsaedah- Sungai Petani)

 

4429F676-274E-4917-95B6-54E1DD524EE4
Umi Khalthom (44) Teluk Intan : “… saya tak nak tanggalkan lagi boleh??…. saya masih tak percaya , dah 3 tahun mohon dan menunggu! Tiba2 hanya dengan whatapps saja…. lulus dan dapat… macam tak percaya!!…,”. Manifestasi ‘Permudahkan’

“ Reach the unreach” kata UNESCO . “Make a diffence” kata PruBSN Prihatin.

Ringankan Dan Permudahkan 

2 thoughts on “🇲🇾KAKI PALSU🇲🇾 : Ini bukan Jabatan …… Maka Permudahkan ‼️

  1. NORSIDA BINTI BUDLAJAL Jun 3, 2020 — 9:33 am

    Kalau baru nak mohon kaki palsu macam mana ya

    Like

    1. Layari FB ‘kedidi kaki palsu’ atau whatapps ke 019-2345829

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close