KEDIDI mempertajam ilmu… menjejak SIFU🙏

Kedidi(dD) membuat kaki palsu. 💯 % buatan tangan 💯%custommade di Malaysia. Ilmu berada  di mana-mana. Buka mata dan cari. Maka, selain ilmu  yang diperolehi dari kelas dan praktik  di Malaysia, dD sentiasa mengasah  dan mengadun  ilmu dan pengalaman pengusaha kakipalsu buatan tangan di luar negara khususnya ilmu dari India,  Thailand dan Indonesia. India dan Thailand memiliki organisasi besar di sebalik kaki palsu buatan tangan yang di beri PERCUMA kepada OKU. India (Jaipur Foot di Jaipur) dan Thailand (Prosteses foundations of HRH princess mother di Chiangmai).  Organisasi ini mencari dana, mengeluarkan kaki palsu dan memberikan kaki palsu itu secara PERCUMA kepada pelanggan mereka.

Di Indonesia pula sebaliknya,  kaki palsu buatan tangan ini di keluarkan oleh  pengusaha individu yang bertaburan di sana-sini, di celah-celah pengusaha modular.   Kebanyakannya   , diusahakan   oleh OKU sendiri, pada asal nya membuat kaki palsu untuk keperluan diri sendiri, kemudian di minta oleh Jiran  yang memerlukan dan kemudian merebak menjadi usaha besar. Team KEDIDI sentiasa mempertajam ilmu dari mereka…..

SIFU 1: DADAN HERNAWAN IMG_1968

Tokoh berusia 46 tahun ini adalah OKU kudung kaki atas lutut(AK) akibat kemalangan.  Pada usia 24 tahun, baru berkahwin 5 bulan, selepas kerja, menunggu kenderaan di tepi jalan,  di langgar dan di seret oleh van….. kaki kanan di potong. Tiga bulan truma dan murung. Beliau cepat pulih dan bangun semula kerana dorongan dan sokongan tanpa syarat dari isteri dan keluarga. Alhamdulillah.

Mahu berjalan. Merekacipta sendiri alat sokongan kaki  berupa  KAKIPALSU, dari bahan yang boleh didapati dipersekitarannya. Mengubahsuai berkali-kali tanpa henti sehingga sekarang…. kreatif dan innovatif  orangnya. Produk nya mendapat tempat dalam masyarakat. Pak Dadan sudah menjadi tokoh besar di Indonesia. Bukan hanya membuat kaki palsu tetapi memberikan motivasi kepada insan cacat anggota di sana.

Bengkel Pak Dadan? Di bilik sempit 10’x10′  yang daif, di Cibiru, Bandung timur. Itu lah bengkel yang menghasikan KAKIPALSU buatan tangan yang di hantar ke serata Indonesia. Di sini bermulanya program 1,000 kaki palsu gratis (percuma) bagi rakyat Indonesia bersama Badan Zakat Indonesia.

Tenaga kerja Pak Dadan? Beliau sendiri adalah ‘pekerja mahir’ yang sibuk. Di kelilingi 8 orang tenaga tambahan (6 OKU saperti dia). Kualiti ke 2 Pak Dadan sebagai ‘pemulih semangat’ jelas terserlah di sini. Aksi dan kata-katanya membuatkan insan malang ini bangun dan menerima diri nya. ” orang rusak semua ada di sini…..” kata Pak Dadan, dan mereka ketawa berdekah tanpa rasa pilu adalah manifestasi mereka menerima diri👍👍👍Syabas Pak Dadan.

SIFU 2: INDRA  SEMEDI (perajin bertatoo)

IMG_1985

Jejaka kudung atas lutut (AK) kedua belah kaki kiri dan kanan ini tidak pernah menyerah pada keadaan. Dia adalah Ketua produksi kaki palsu dalam Kelompok Kreativitas Difabel (KKD) yang di asas kan bersama rakan nya Anwar Peramena. Di bengkel mereka Di Kiara Condong, Bandung , beliau bersama 11 orang anggota ( 10 adalah OKU) , membuat kaki palsu. Mulanya dari bahan PVC dan kini menggunakan  aluminium sebagai bahan utama. Selain menghasilkan kaki palsu, kelompok ini adalah kelompok sokongan psikologi, sosial malah ekonomi kepada insan senasib.

KKD melaksananakan program ‘subsidi silang’ menyisihkan sebahagian pendapatan jualan untuk kemudian memberikan kaki palsu secara Percuma kepada yang tidak mampu.

SIFU 3: ALI SAGA

IMG_1970.JPG

Ali Saga, satu lagi nama besar di kalangan pengrajin kaki palsu buatan tangan di Indonesia. Penarik beca di sekitar Hospital RSK Sitanala tahu dimana rumah Pak Ali. Ini satu-satunya sifu bukan OKU‼️‼️

Penderita kusta sejak kecil, kemudian dirawat di RSK Sitanala (Tenggarang, Betawi) hingga sembuh tapi membuat keputusan menetap dalam komuniti ini. Ini adalah seniman pengukir patung untuk Pakaian dan juga mempunyai agensi pengiklanan.

kemalangan motosikal pada 2005, mengubah hidupnya setelah melihat  ‘ibu  Cumi’ yang di potong kaki di sebelah katil nya murung dan memangis. Ali berazam membuat kaki untuk ibu ini kerana…. ‘aku boleh buat patung, pasti aku boleh buat kaki palsu’. Dengan keyaakinan itu dan cubaan  demi  cubaan akhirnya…….  kaki palsu yang berjasa.

Seperti Pak Dadan, Pak Ali juga adalah ikon besar penbuat kaki palsu buatan tangan di Indonesia. Sentiasa menerima tempahan dari badan tertentu untuk di berikan kepada yang memerlukan. Bahan utama bagi produk Pak Ali adalah fiberglass. Rumahnya adalah bengkelnya.

SIFU 4: IYAN

Ini adalah anak muda beranak dua kudung kaki kiri bawah lutut (BK). Pembuat kaki palsu kecil-kecilan sepenuh masa. Tidak ada publisiti dalam media atau internet. dD mencarinya kerana produk nya paling murah berbanding mana-mana pengusaha. Buatannya praktikal tanpa memikirkan kosmetik kerana ‘ yang penting orang bisa berjalan pak’ katanya.

Terima kasih semua SIFU. Setiap satu mempunyai keunikan proses kerja dan produk tersendiri.

Seperti biasa, ‘PERJALANAN INI MEMBERI MATA BARU KEPADA KEDIDI’. Moga membantu.

Maklumat lebih terperinci KEDIDI, sila tekan butang ‘menu’ di atas dan ke ‘about’.

MOGA MEMBANTU DAN DIBERKATI.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close