Jejak-jejak dDKedidi….

(Layari fb ‘ Kedidi Kaki Palsu 100% Handmade Malaysia’)

15/6/17: Bermula secara tidak rasmi dengan teori, tunjuk ajar dan latihan amali melalui kelas tuisyen oleh Badrol Hisham (PLPP) di stor/bengkel kedidi.

13/9/17 – 19/9/17: dD team ‘memperjajam ilmu’ menjejak SIFU  ke Indonesia

2/10/17: Bermula secara rasmi di daftar di SSM. Buatan dari fiberglass (penggunaan paip dari polyethylene  sedang di cuba uji).

4/10/17: Bermula nya fb ‘kedidi kaki palsu 100% buatan tangan Malaysia.

22/10/17: Pelanggan pertama (identiti tidak mahu di kenali).

1/12/17:MERCUTANDA 1: Shaharudin (Pak Udin) dari Batu Pahat adalah pelanggan yang pertama menerima dan memakai Kaki palsu dD.

5/2/18 – 10/2/18: ‘Mempertajam ilmu’, menjejak SIFU ke Jaipur (kaki palsu dari Paip poly)

11/2/18: dD memdapat liputan rencana 2 mukasurat dalam akhbar Harian Metro.

14/3/18 MENCU TANDA 3. Daniel haikal (lepar, Pekan), pengguna pertama dDfoot (di siar dalam dlm akhbar Metro pada 16/3/18). dDfood ini menggunakan bahan dari polypaip. 

28/9/18: Pelancaran program PruBSN PERIHATIN  ‘Mobility is life’ di bengkel dD. PERCUMA untuk yang kurang mampu dan layak.

2/8/18: Assoc. Prof Ir Abu Hanipah datang melawat dan datang semula bersama 6 pensyarah UniKL MIAT pada 13/8/18 

21/1/19: Superlite pertama  (bawah 1 kg) untuk Hassan Sakka . Menggunakan soket carbon fibre 

########################################

 BATU ASAS dD KEDIDI 

dDKedidi adalah perniagaan berasaskan keluarga. Penubuhan  KEDIDI KAKI PALSU bermula dari perbincangan Iqbal Hakim bin Abdullah dengan adik-adiknya Syafiq Ridhwan, Muhammad Uzair, Siti Nur Syakirah  dengan ibu dan ayah mereka sekitar April 2017. Mereka lah dDteam. Muhammad Uzair keluar meneruskan pengajian pada disember 2017. Pada julai 2018 pula , Bahrunnizam masuk membantu. dDteam bersifat flexi, dari segi keanggotaan dan masa bekerja, tapi ia kekal berasaskan Keluarga.

Hakim yang terlatih dalam bidang elektrik tetapi gemar merantau telah mendapat idea ini sewaktu melihat rakannya Syahril Fitri membuat kaki palsu buatan tangan dengan jenama ‘Bengkel Don’ di Jitra, Kedah . Dia balik ke rumah keluarga di Seri Kembangan pada April 2017 dan mencadangkan usaha pembuatan kaki palsu.

Syafiq yang memiliki diploma Makanikal (gas) adalah pemilik stor ‘KEDIDI pakaian budak dan dewasa’ (dia berniaga pakaian) .

Uzair (diploma Pengurusan Hotel) adalah penjual pakaian, pencuci bangunan tinggi, pemandu grab dan berbagai jenis pekerjaan.

Siti Nur Syakirah, masih belajar untuk ijazah pertama Biomedic di Universiti Tempatan.

Bahrunnizam, memiliki perniagaan sendiri dan di bawa masuk pada awal 2019 kerana keperluan sumber manusia bagi membantu perkembangan dD yang semakin meningkat.

Justeru itu, dDTeam sentiasa mencari alternatif, kami   membaca , mengkaji dan mencuba menggunakan bahan serta kaedah alternatif yang di gunakan oleh prostesis di luar negara. Antara bahan yang di gunakan adalah PolyPaip PE (Jaipur Foot) dan Fiberglass/Carbonfibre (Jenama besar di Eropah dan oleh beberapa ‘perajin’ kecil di Indonesia) . dDteam pergi ke Indonesia dan kemudian ke India mencari dan menimba ilmu. TETAPI , barangkali gedung ilmu terbesar berada  dalam  minda ingin tahu. Universiti, adalah usaha berterusan mencari cara yang lebih berkesan (selesa dan murah) untuk komponen kaki palsu.  Dewan  kuliah berada dalam telipon bimbit  juga rintihan pelanggan. Kami mendengar rintihan dan maklumbalas mereka, kemudian kami cuba mencari jawapan dengan  cubaan demi cubaan, membuat improvisasi  dan inovasi. Bengkel kecil adalah innovation centre kami.

PELANGGAN-PELANGGAN  AWAL
Pelanggan2 awal telah memberi kesan besar kepada watak perniagaan dD :

1/12/17: Pelanggan ketiga, Pak Udin (Shaharudin) dari Batu Pahat adalah PELANGGAN PERTAMA  yang menggunakan kakipalsu KEDIDI , di ukur dan fitting di bengkel dD. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close