🇲🇾kaki palsu PERCUMA🇲🇾SUMBANGAN awam🇲🇾

PERCUMA ❓❗️❓❗️ PERCUMA Kapada yang LAYAK dan BERHAK❗️❗️❗️

😓(terhenti kerana tidak cukup dana)😓

Kaki palsu PERCUMA  kepada pelanggan yang layak dan berhak. Percuma kerana kaki tersebut  dibiayai oleh PENYUMBANG   (individu atau institusi) yang  membuat tajaan. Layak dan berhak sepertimana syarat yang di tentukan oleh penyumbang (mudah-mudahan di permudahkan).

OKU yang memerlukan kaki palsu percuma (di taja oleh penyumbang amal) sila hantar/e-mail /whatapp/ Facebook /pos/serahan tangan  kepada kami  maklumat asas diri:
1. Nama

2. Alamat

3. Pekerjaan

4. Pendapatan bulanan

5. Nombor telefon (untuk di hubungi).

(Saudara mara atau kenalan juga dialu-alukan menyampaikan maklumat itu kerana OKU mungkin berada dalam keadaan murung dan berputus asa ATAU mereka tidak mempunyai kemudahan fb dan whatapps)

Maklumat asas berkenaan akan kami ‘padankan’ dengan penyumbang amal yang sudah menyatakan hasrat untuk membuat sumbangan. Beberapa maklumat lain (jika diperlukan oleh penyumbang) akan kami hubungi melalui telefon.  Jika penyumbang amal bersetuju, pihak  kami akan segera menghubungi pelanggan (OKU) atau saudara mara berkaitan untuk temujanji  proses mengukur kaki berkenaan dan proses lain seterusnya sehingga pelanggan menerima kaki palsu tersebut (pelanggan perlu datang ke pejabat/bengkel kami).

KEDIDI mengalu-alukan dan amat memerlukan penyumbang amal tetapi kami tidak menerima wang sumbangan. kami menjual kepada penyumbang amal dan menyampaikan kaki palsu dari penyumbang amal berkenaan kepada penerima sumbangan tersebut (OKU berkenaan).

Oleh itu, Kami hanya perlukan persetujuan lebih awal dari penyumbang yang berhasrat membuat sumbangan amal.  Selepas penyumbang amal bersetuju menyumbang dan  terdapat OKU yang memerlukan, dan penyumbang menyetujui  (proses padanan) , baru proses membuat kaki palsu dan proses tuntutan akan dibuat. Kami hanya akan menerima bayaran setelah kaki palsu di serahkan kepada OKU berkenaan.

Kaki Palsu itu menjadi PERCUMA kepada pelanggan sebenarnya di bayar oleh PENYUMBANG AMAL.

…….BERAT MATA MEMANDANG…..

REFLEKSI 2017: Jalan ke hadapan…. DR Mehta memberi inspirasi.

2018, dD perlu berfikir semula kerana bilangan  keperluan baru dan keperluan terkumpul semakin membesar sementara sumbangan mengecil. Lawatan ‘mempertajam ilmu’ ke Jaipur, India , memang memberi ‘pengertian’ baru kepada dD team. Terutamanya , selepas berbual dengan DR Mehta dan melihat cara kerja dia dan badan NGO nya, BMVSS. Sejak di mulakan pada 1975 (tahun pertama hanya 57 penerima), sehingga tarikh kami melawat pusat nya di Jaipur, NGO itu telah membekalkan  1.62 juta  penerima kaki palsu, semuanya percuma (kini +-16,000 setahun)Mereka mencari penyumbang….. DR Mehta secara bergurau menyatakan “saya adalah pengemis terbesar di dunia”.

PENGEMIS ? TETAPI di sana, insan istimewa yang memerlukan kaki palsu ‘tidak perlu meminta apatah lagi merayu’. Mereka hanya perlu ke pusat servis BMVSS, mendaftar nama, di ukur, menunggu kaki palsu nya di siapkan, dan mendapat kaki palsunya…..SECARA PERCUMA  pada hari itu juga.

Di tanah air 🇲🇾, OKU ‘tanpa kaki’ (dari golongan kurang mampu dan tidak di lindungi oleh apa-apa skim) , meluahkan rasa kecewa dan merasa terbeban dengan berbagai syarat yang perlu di penuhi untuk memohon bantuan kaki palsu….. di sekadar contoh, rasa hati mereka:

… kena pergi hospital semula dapatkan pengesahan doktor. Dia tak nampak ke saya ni kaki kudong, termengah-mengah kayuh kerusi roda? (Pak Udin- B. Pahat)

….. tak kenal orang besar kat sini, susah dapat bantuan!! (Tengku Ridzwan – Besut)

…. alasannya, orang lain lebih susah dari saya! (Norliza-Semenyih)

….. kena isi borang ada 70 maklumat kena tulis, pastu  saya  kena cari 3 sebutharga… saya tanya, mana nak dapat sebutharga tu, pun dia tak tahu !!!….. saya campak je borang tu!  (Hj Muda-Maran)

……. pergi kat  xxx dia kata ini patut mohon kat xxxxxxxx ! tapi masa keluar wad, xxxxxxxx kata kena mohon kat xxx !….saya tahu saya dah jadi bola… (Adeli-k.Lipis). Akhirnya dia melancarkan sendiri tabung bantuan untuk membiayai kaki palsu untuk dirinya di FB nya sendiri.

……. untuk boleh berjalan ni mahal…: Bantuan? saya isi borang, tapi ‘sukar’…. Persatuan Buddha Batu Pahat ada la nak bagi subsidi RM 3,000 (Buhari Lasiman- Rengit)

…… saya tak layak… barangkali pasal saya ada pencen aruah suami RM 200 sebulan tu …!!(Hjh. Maimunah-Pagoh)

……. kat sini bantuan untuk orang kaya saja (Rohaya- Senawang)

….. Susah nak dapat bantuan.. kena pi Tasik Apong (xxx) , kena pi Bakar Arang (xxxxx)… isi borang pulak. Saya takdak kaki, mata pun buta dah sebelah…. Susah sangat, tak payah la!! (Norsaedah- Sungai Petani)

 

Kontradik antara suasana di BVMSS dan suasana di tanah air 🇲🇾 membuatkan dD membuat pertimbangan …. (prosedur dan tatacara perolehan Jabatan dan agensi memang perlu untuk menjaga wang awam yang terhad itu supaya sampai kepada yang benar-benar layak dan berhak) …….walaubagaimanapun, OKU yang kepayahan dan tersisih  ini perlu di permudahkan untuk mendapatkan kaki palsu. Cuma, BAGAIMANA ???

dD membuat cubaan ‘diskaun amal 50%’ tanpa syarat (harga standard dD sudah pun rendah).Mudah-mudahan dengan diskaun ini. lebih banyak kisah terpencil boleh di kesan dan mudah-mudahan ditemui cara untuk membantu.  FB dD pada 12/2/18 menghebahkan diskaun amal ini.  Ini bermakna , dD hanya mengenakan bayaran hanya RM 1,300 (bawah lutut) dan RM 1,800 (atas lutut). Harga biasa adalah RM 2,600/3,600. dD berupaya untuk menampung diskaun amal 100 kaki kepada 100 pelanggan atau tempoh masa tertentu sahaja (inspirasi dari DR Mehta dan cara kami mengucapkan terima kasih METRO).

1F9B09DF-4EE7-450C-9C96-B62653A179E2

Diskaun amal 50% ini memang  menemukan kes-kes yang cukup memilukan dan boleh di anggap tersisih . Contoh terawal adalah Izhari dari Kg Mengkudu Laut, Rengit. Dia amat daif, tetapi kes beliau telah memberi ‘ satu iktibar’ baru kepada dD mengenai bantuan kepada yang tidak mampu.  Izhari kami kunjungi pada 6/4/18 dan di muatnaik di fb dD pada 7/4/18.  Pada 9/4/18, dD menerima menerima mesej whatapps dari pelanggan yang mahu memberi sumbangan membayar kaki palsu untuk Izhari… Iktibarnya, ‘mungkin ada ramai insan yang akan menghulur bantuan sekiranya mereka tahu’

9FF11698-F4D9-4A66-9431-542F9A053185

Menyedari kemungkinan orang ramai ingin membantu dengan menderma jika mereka mengetahui nya. (dD tetap tidak mahu menjadi pemungut derma runcit. dD hanya menerima  penyumbang amal yang membeli kaki palsu untuk OKU yang dipersetujui). Oleh itu, dD mencuba kaedah ‘crowdfunding’ (ikut trend terkini). 7/5/18 Cubaan pertama kaedah ini, iaitu kes Farred Islandar (18tahun) dari kg, Jerangkang Darat, labu, Negeri sembilan yang di amputasi kaki kanan atas lutut……. TAPI, hingga kini belum mencukupi…. Mungkin ada cara lain????!🇲🇾

🇲🇾PruBSN Membawa Langkah Gergasi🇲🇾 “Mobility…..

21/6/18 dD menerima panggilan dari Farid (PruBSN Prihatin), menyatakan organisasinya berminat untuk melihat hasil kerja dD dan mungkin menaja pelanggan yang tertentu. Pada 27/6/18 kami komunikasi lagi dan ini di teruskan di whatapps. Kami akan berjumpa di bengkel dD pada 6/7/18.

Seperti di janji, Farid datang bersama Khairuddin (k) dan Farihah, mengunjungi kami di bengkel:

D4256F3D-6F7B-4424-AE47-5A0CFAF47A84

Pada 12/7/18, dDteam ke Menara Prudential di tengah kotaraya KL. memberikan beberapa dokumen yang di perlukan olehPruBSN……di ikuti sekali lagi pada 17/8/18, lawatan ke sana menemui dan berbincang dengan team PruBSN Prihatin, unit CSR organisasi ini.

BC55872A-0748-4F2B-B71F-87EEBECB9096

Bagaimana seterusnya ❓

Pra Pelancaran ?

Ambil jika itu hak anda!!

Maklumat lebih terperinci tentang KEDIDI sila rujuk butang ‘MENU’ di atas dan pergi ke ‘ABOUT’

MOGA MEMBANTU DAN DIBERKATI

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close