đ˛đžKAKI PALSU : “Berat mata memandang….. Dari lensa dD
Layari fb â Kedidi Kaki Palsu 100% Handmade Malaysiaâ
Di lahirkan tanpa anggota badan yang lengkap adalah sesuatu yang âperitâ. Hilang anggota badan pula âamat memeritkanâ. Mereka adalah OKU (orang kelainan upaya).Â
PELANGGAN PERTAMA DAN KEDUA: MEREKA MEMBERI LENSA BARU PADA dD
1.Muhd Affin (Mamat, 9)Â OKU sejak lahir
3. Shaharuddin (Pak Udin, 45), OKU amputee
âď¸Muhd Affin (9) aka Mamat , Kg Laban Jaya, Gua Musang: Pelanggan pertama dD (11/11/17) (BUKAN KAKI PALSU: hanya penopang untuk membolehkan nya memakai kasut sekolah)
Lahir tanpa dua kaki  (hanya di paras lutut), tangan kanan di paras siku, tangan kiri pula satu jari saja. Di pelihara oleh atuk (OKU penglihatan) dan neneknya, , Pakda Zuki (63) dan Makda Timah (63). Bapa nya OKU kerana kemalangan dan ibunya balik ke kampung asalnya (Mamat tidak pernah mengenali ibu nya). Nenek Timah yang mencari pendapatan dengan membuat dan menjual jeruk buah. â…. Mamat hanya nak pakai kasut sekolah…â kata Pakda Zuki.
âMamat hanya nak pakai kasut sekolah…â Pakda Zuki
âď¸Shaharuddin said (45) aka Pak Udin: Pelanggan ke 2 pada 1/12/17 (pengguna âkaki palsuâ pertama dD).  Menjadi OKU pada usia 43 tahun, akibat diabetis. Tidak berupaya mengekalkan keluarganya, berpisah dengan isteri. Dia sebatang kara. Gerai jualan  âhasil kampungâ di hadapan RNR Parit Botak, Batu Pahat terpaksa di tutup. Dia hilang pendapatan. Hampir setiap hari mengayuh kerusi roda dari rumah nya menyeberangi jalan ke RNR Parit Botak …. di situ dia boleh berjumpa dan berbual dengan rakan yang masih mahu berbual dengannya!!!
âSaya fikir, sampai mati pun saya tak akan boleh berjalan semula…. kaki palsu mahal sangatâ ….Pak Udin
….Pak Udin kembali ke Rahmatullah pada Jumaat 13/7/17.
“BERAT MATA MEMANDANG….. BUKAN SEKADAR KAKI !!âÂ
Dua pelanggan awal di atas (Mamat & Pak Udin) yang seakan-akan sengaja di hantar, benar-benar memberikan kejutan reality dan pengubah paradigma kepada dDteam. Tanpa âkeupayaanâ kaki…. OKU ini  melalui rutin kehidupan yang sulit dan mencabar. Reality nya, walaupun OKU, mereka hidup dalam komuniti orang normal, dan mereka diharapkan untuk beraksi seperti orang normal. Hanya mereka  yang âmerasaiâ getir hidup OKU, dan hanya segelintir  orang ânormalâ yang memahami !!â
â… Mamat hanya nak pakai kasut sekolah….â Â dan â…. Saya fikir, sampai mati pun saya tak akan boleh berjalan semula !â Â …. telah memberikan mata baru, kefahaman baru dan reality baru kepada kami (dDTeam)
OKU sejak lahir seperti Mamat, melalui proses masa, selalunya mereka menerima diri dan boleh melalui kehidupan orang normal (walau sukar). OKU kerana amputasi (asal normal) seperti Pak Udin pula, lebih sukar . RODA kehidupannya seakan berputar sekelip mata . Dari  âpenyaraâ keluarga kepada hanya mengharapkan simpati dan ehsan. Dari âbolehâ melakukan segalanya, kini mengharapkan segalanya di bantu. Dari memberi âkelegaanâ kepada orang terdekat berubah menjadi pemberi tekanan kepada mereka…. reaksi balas dari persekitaran kepada mereka juga adalah berbagai.
OKU-OKU seterusnya memaparkan nasib kehidupan yang bercampur-baur.âď¸Ada OKU yang hidup âsebatang karaâ, âď¸OKU yang hidup âbagaikan dalam perahu yang  sedang tenggelamâ, âď¸OKU yang mempunyai âwira tak di dendangâ , âď¸ OKU yang punya sokongan insan  âIni bukan hanya soal wangâ dan âď¸ada OKU Berjiwa waja âSelagi hayat di kandung badanâ
âď¸OKU yang hidup âSebatang karaâ ….. Mereka tinggal bersaorangan , tiada tempat mengadu, tiada tempat bergantung. Saudara menjauh, kawan menghilang…. (Pak Udin tidak bersendirian). dD menemui Faiz (Baling), Shamsuria (Gemas),  Arshad (Jerantut)  Misran (Pontian), Mahizan (Alor Setar), Jamaludin (Port Dickson) Ghazali (Penang), Azmi (Taiping)
Faiz (23) Baling: sebatang kara sejak tingkatan 3, OKU selepas SPM. Murid pintar yang hilang potensi. Dia kini tanpa sokongan, bersendirian, tanpa kerja, tanpa haluan. Dia, remaja tanpa telefon bimbit!!Shamsuria (61) Gemas: Â Tidak berkahwin, tinggal di rumah felda peninggalan orang tuanya. Â Berteman ayam yang bertaburan. Ayam yang mengelilinginya barangkali adalah terapi diri yang masih ada. Hanya 3 rakan Arai, Uda dan Fauzi yang kerap datang menjenguk dan bertanya khabar. Hampir tidak dapat di dengar dia berkata, âsaya malu, tapi boleh saya minta 20 ringgit untuk beli makanan?â….Arshad (55) Jerantut: Tidak berkahwin, Buta huruf, Sebatang kara sejak ayahnya meninggal, tinggal di rumah sewa di bayar dengan wang bantuan JKM. âsaya ada saudara, mereka ada tanggungjawab sendiriâ. Dia tidak boleh berjalan kerana kaki palsunya dah rosak. Dia hanya merangkak-rangkak di dalam rumah sewa nya. Â Dia kerap di bantu oleh anak muda peniaga pasar malam yang bersimpati (Fairul)Misran (64) Pontian: Tinggal sendirian di rumah yang di bina sendiri. Ada anak tetapi memilih untuk tinggal bersendirian. âselagi ada kudrat untuk urus diri, tapi minta maaf lah tak dapat nak bagi minum tamu. saya orang bujang, pandai masak maggie jeâ.Mahizan (39) Alor setar: Bersendirian tinggal di rumah setinggan peninggalan orang tua. ârumah ni kerap air naik bila hujan lebat, Alhamdulillah jiran-jiran selalu tolongâ. Dia gigih, tanpa kaki tapi tetap berusaha mencari rezeki dengan menjual burger berdekatan kawasan rumah nyaJamaluddin (62) Port Dickson: Tinggal bersendirian di rumah sewa. Mendapat pencen bulanan RM 940 (pekerja am). âsaya tak tahu kat mana nak mengadu, kat mana nak minta tolong!.Ghazali (63) Penang: Bekas Pegawai tentera, berhenti tanpa layak pencen. Dibtinggalkan isteri…. âsaya mencari makan dengan memasak…â. Walau bersendirian, dia bertuah kerana berjimat dan menyimpan wang sewaktu boleh mencari rezeki dulu.Azmi (55) Â Taiping : âada saudara tapi depa pun ada keluarga yang kena urusâ. â Tak pakai baju, âMai dari taiping, Panas, kereta tak dak aircondâ Dia di temani jirannya, Aris, peniaga gerai
âżď¸âżď¸âżď¸
âď¸OKU yang hidup bagaikan berada dalam âPerahu  yang sedang karamâ (Bukan hanya seorang OKU dalam rumah itu…… (Muhd Affin tidak bersendirian)Â
Izhari (Rengit), Â Norsaedah (Sungai Petani), Rodjigen (Kota Tinggi), Yusni (Damansara Damai), Raja Renggasamy (Sungai Petani), Nadarajah (P. Jaya) , Hussain (PPR Lembah Subang) , Â Hurul Ain (Bangi) , Zaini (Durian Tunggal), Â Noor Azlini (Pasir Mas), mohd Noh (Kuala Pilah), Â safar (Jempol), Khairul ((Beserah)
Izhari Abdullah (41) 6/4/18
Izhari (41) Rengit: Bujang bertiga, along nya OKU mental, adik nya pula paru-paru berair. Dia buta huruf.  Mereka mengharapkan  ehsan dua saudara lain yang bekerjaNursaedah (57) S.Petani: Balu, 5 anak, semua tinggal bersama. 1. Irfan (27), membuat kerja rencam, 2. Janda, membantu abang nya 3. OKU mental 4. Cicirkan diri tingkatan 4 . No 5, darjah 6Rodjigen (69) Kota Tinggi: Tinggal bertiga, ketiganya berkerusi roda… isteri di serang strok. anak perempuan juga OKURusni (56) Damansara Damai: Suami Strok, Ibu (90)terlantar…. dua anak bujang (Hafiz & Haydil) melakukan segalanyaRaja Renggasamy (40)Bedong, S. Petani: Tinggal menumpang bapa nya pesara Keretapi yang juga terlantar di serang stroke.Hurul Ain (38) Bangi: Tinggal bersama bapa (73) juga OKU, dan Ibu (60) sakit lutut. Mereka bergantung kepada saraan kakak (janda) dan adik lelakiZaini (55) Durian Tunggal: Isteri usus bocor, 3 anak. Sulung (21) slip disk, kedua (20) OKU lemah pembelajaran, bungsu (16), cicirkan diri tingkatan 2 untuk bekerja di herai makanMd Noh (55) Tampin: Menumpang di rumah bapa yang juga berkerusi roda. Mereka dan 5 anak di sara oleh isteri Md Noh yang menoreh getahSafar (27) Lui Timur: Tinggal lima bersaudara di rumah felda tinggalan ibubapa. Taib (41) duda yang menjadi ketua keluarga, Isa (39) Jefri OKU pendengaran& penglihatan, Jeffri (37), OKU mental (saka?) Abdullah (36), Safar (OKU), siti Khadijah (26)
âżď¸âżď¸âżď¸
âď¸OKU yang memiliki wira tak di dendang (Anak @Ibu@bapa@saudara , dll…. yang tetap berkorban untuk OKU ini)
Rohaya (54) Seremban: ibu tunggal. Hilang pendapatan, di sara dan di jaga oleh anak tingkatan 2, Amarul yang membuat dan menjual kueh baulu sambil terus bersekolah, dan abangnya Amirul 22 yang menolak sambung belajar ijazah kejuruteraan….Muhammad Ali (44) Tg Karang: Hanya tinggal dan di jaga oleh anaknya Nurfaezah (17), mencicirkan diri di tingkatan 2…..Hussain (55) PPR Lembah Subang: Anak sulung (tiri), Siti Solehah (20), cicir tg 4, tanpa kerja….. dia menjaga bapa dan 4 adiknya yang masih bersekolah.Zaini âMak Usuâ (41), Jengka: OKU fizikal & fown syndrome. Tinggal dan di jaga kakak sulung nya âKami boleh marah pada mak usu tapi tak siapa pun akan memukulnya walau bagaimana meragam pun dia… kerana Ibu kami tak pernah jentik pun pada Mak usuâAliff (28)Masjid Tanah: 3 beradik, dia tengah. Di biayai oleh abang sulung Tajul, di jaga oleh adik nya Najib
Abdul Rahim (48),Penang: Duda yang kini di jaga kakak sulungnya, Pn Rusni (63). Dia juga menjadi âIbuâ kepada 5 orang cucunya yang kematian ibu …
Ayu Haswari (25), Penampang, Sabah: Datang dan bekerja di kedai telco di Nilai untuk mendapatkan rawatan di PPUM. Ibunya (65) ikut dan tinggal di bilik sewa bersama anak nya â perlu tolong ayu masa naik atau turun tangga rumah kedai tiga tingkat tempat bilik sewa tuâ….
Fatimah (63) Mersing: Dari pulau berpindah ke daratan untuk memudahkan mendapat rawatan hospital. Anak nya, Azhari , nelayan pantai menyewa rumah kampung untuk dia dan ibu nya.
âżď¸âżď¸âżď¸
âď¸OKU yang di dokong oleh insan , âBUKAN SOAL WANG….. !!â
Pn Rohani (51) Kemaman: Anak nya Rusydi, pemandu grab di sana, menolak tawaran PERCUMA, âsaya nak bayar untuk kaki palsu MaâRamli (55) KL: Anaknya pemandu grab di KL, juga menolak tawaran PERCUMA…. âsaya kumpul duit dulu dan datang bersama wang tunaiâ. âMak saya jual laksa…. kami sama2 kumpul duit untuk kaki abah niâRohani (64) Batu Kurau: Anak sulungnya, Pn Rohana, menolak tawaran diskaun 50%, , malah memasukkan amaun tambahan âsedekah dari ibu dan aruah ayah sayaâ
âżď¸âżď¸âżď¸âżď¸âżď¸
âď¸OKU berjiwa  waja …. âSelagi hayat di kandung badanâ
Tengku ridhwan, Adib, Amir bedong, Hassan saka , Azliyana KK, Shazwan kuantan , Syafiq, Pak do, Jan Najib , Irwan, Azizi, Murali, Haqeem, Zarina
Tengku Rizdwan (29)
Tg Ridhwan (29) Besut: bekas pekerja telco. Mengubah cara.. jual burger, kepada jual pakaian, kepada bengkel motor di rumah.. Ada isteri dan dua anak untuk di sara….
5. Amir (34)
Amir (34) Bedong, Kedah: Pekerja kilang. Mengubah haluan.. memberi perkhidmatan memasak dan membekalkan kambing golek . Amir Sedang bangun semula… dengan pantas. Dia ada isteri dan dua anak untuk di sara.
3. Adib (31)
Adib, Baling: bercita2 menjadi akauntan, Mengubah haluan, melakukan berbagai inisiatif mencari pendapatan dari rumah nya … kini âDapur Matdixâ, jenama makanan western resipinya mula mencipta nama…..
Hassan (25)Â
Hassan (25), Tawau; OKU sejak lahir, tanpa kaki, tanpa bantuan, tanpa kerja: Dia nekad ke semenanjung, bersendirian … mencari kerja . Kini dengan âkakiâ, dengan âkerjaâ..
14. Pn Zaleha (43) & suamiÂ
Zaleha (43) Jitra: Dia dan Suami adalah OKU sejak lahir. Suami (Rahman timun) berniaga menjual buah2 kampung di pasar dan isteri nya pula membuat kueh jualan… mereka ada 2 anak untuk di saraIrwan (39) Labis: bekas penjual kereta terpakai : Mengubah haluan, membuat kraf dan hiasan dari tayar terpakai dari rumah…. dia ada 1 isteri, 9 anak dan 2 cucu untuk di sara…Azizi (29). Taman Medan, PJ: makanik motosikal… terus menjadi makanik, malah OKU ini adalah sukarelawan BROTHERHOOD… penampal jalan berlubang tanpa bayaran malah keluar belanja dari poket . Dia juga sukarelawanâPemberi maklumbalas dDâHaqeem (25) Cheras: OKU sejak lahir, bekerja kerani di pejabat swasta. Dia pemain bolasepak Kudong KL… juga âpemberi maklumbalas dDâZarina (35) Setapak, KL. OKU sejak lahir, tanpa dua kaki, tanpa dua tangan. Dia adalah ibu tunggal 2 anak : Dia membuat kueh âTepung Pelitaâ dan menjual sendiri ke sana sini di KL dengan kerusi rodanya. (Spot kegemarannya Masjid Jamek KL)Natasha (29) Kelang/ ibu tunggal punya 5 anak. Tiba2 menjadi OKU kerana kemalangan â…. saya perlu boleh berjalan semula untuk cari makan..â Dia adalah jurusolek
đ˛đžâď¸âď¸âď¸âď¸âď¸đ˛đž
MENGENALI KEHIDUPAN INSAN-INSAN ISTIMEWA INI ….. MEMBERI MAKNA DAN PERSPEKTIF BARU KEPADA KITA