🇲🇾KEDIDI KAKI PALSU. 100% buatan tangan dari Malaysia🇲🇾

KEDIDI KAKI PALSU

Kami adalah pembuat, pembekal, pengedar, penjual, dan pemberi perkhidmatan berkaitan kaki palsu paling murah di Malaysia. Malah bagi pelanggan yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh penyumbang amal, kami syorkan untuk mendapat secara percuma (di biayai oleh penyumbang) . Kami tidak bersaing, dD memberi pilihan kepada yang kurang mampu. Hanya untuk mereka yang tidak ada skim bantuan sokongan  (JPA, JKM, KKM, PERKESO, Insuran dan sebagainya). Mereka yang layak mendapat tajaan kaki palsu dari pihak berkenaan boleh mendapatkan perkhidmatan dari pembekal perkhidmatan yang  sedia ada.

Rekabentuk kaki palsu dD adalah untuk berjalan biasa (low mobility) : Jarak dekat, bergerak perlahan, lantai rata. (amputasi kerana diabetis/saraf)…..bagi yang ada tenaga dan kekuatan mereka juga boleh ke berjalan pada tahap sederhana (moderate mobility): kawasan luar yang terhad, lantai tidak rata, halangan ringan seperti tangga dan lencongan (amputasi kerana kemalangan dll). Kaki palsu kami tidak mempunyai ciri teknologi canggih (tiada hidrolik, tiada multiflex, tiada mikroprocessor).

MURAH❓Bagi kaki palsu bawah lutut (BK) ia berharga RM 2,600  (harga asas pembekal standard adalah RM 5,000++). Bagi kaki palsu atas lutut (AK) pula RM 3,600 (harga asas pembekal standard adalah 7,500++)

Kenapa murah❓ Pertama, Kaki palsu yang kami hasil kan adalah 100% buatan  tangan  di Malaysia 🇲🇾(kecuali komponen lutut bagi kaki palsu atas lutut). Buatan kami  tidak mempunyai ciri sofistikated. Kedua, kami beroperasi tanpa rantaian perkhidmatan sampingan dan orang tengah.  Saluran kami hanya Facebook ,  whatapps dan bengkel kami. PEMBACA yang berhasrat menghubungi kami sila lawati fb “ kedidi kaki palsu 100% handmade malaysia” untuk perkembangan terkini. Atau telefon/whatapps  hanya ke nombor ini, 019-2345829 (kami tidak mempunyai sebarang wakil atau agen).

BUATAN TANGAN ❓❓❓ (kecuali lutut)

Setiap komponen kaki palsu bawah lutut, sama ada soket (sarung tempat cantum kaki asli dengan kaki palsu), Pylon (penyambung) dan tapak kaki, semua nya di buat di bengkel kami menggunakan bahan dari pembekal tempatan. Bahan yang kami gunakan terdiri dari polypropylene, polyethylene, fiberglass, EVA, urethane, busa getah, logam dan kayu. Semua bahan- bahan asas ini didapati dari pembekal tempatan sekitar Seri Kembangan, Balakong dan Puchong, Selangor.

Komponen kaki palsu buatan tangan (sekadar contoh)…..

1508141828671.jpeg

Gambar di atas adalah hasil buatan  tangan di bengkel dD , 60% siap. Proses seterusnya adalah mencanai, memperhalus, membalut, mencanai pembalut dan meletakkan aksesori.

Semua proses membuat  kaki palsu adalah secara manual (handmade @custommade) di bengkel dD di Bukit Jalil. Juruteknik  kami yang  berkebolehan, telah mengadunkan ilmu dan kemahiran yang mereka pelajari dengan kreativiti mereka sendiri.

 

Kerja bengkel (Gambar kiri, memperhaluskan soket. Gambar tengah, welding pylon. Gambar kanan, memotong logam tapak.)

 

Di atas adalah contoh hasil akhir kaki palsu bawah lutut yang di hasilkan di bengkel dD.

KAKI PALSU ATAS LUTUT (ak)…. BUKAN buatan tangan  💯%

Insan istimewa yang tiada kaki paras atas lutut dikatakan mengalami darjah  kesukaran hingga 5 kali ganda lebih sukar berbanding kes bawah lutut (bk). Ini berkaitan rapat dengan keperluan dan fungsi sendi lutut. dD belum dapat menghasilkan sendi lutut dengan harga rendah dan teruji. dD membuat sendiri sendi lutut dari besi tetapi ia terlalu berat. Oleh itu, jika ada pelanggan kes atas lutut, dD akan mencadangkan kakipalsu buatan Dadan Hernawan. Kami ukur, dan kami akan  memberi ukuran tersebut kepada Pak Dadan di Indonesia dan  beliau akan membuat nya berasaskan cara ukuran yang telah di selaraskan dan akan pos kaki palsu yang telah team beliau buat itu kepada kami.

49153A76-A215-46E5-BD67-2EAD16049349

Di atas tu respon standard dD kepada yang bertanya kakapalsu atas lutut, dan kami akan tempah dari dari Pak Dadan bagi pelanggan yang mahukannya.

Keyakinan untuk membuat kakipalsu kes atas lutut dD perolehi dari lawatan ‘mempertajam ilmu ‘  ke Jaipur, India. Kami membawa pulang 5 set  ‘Jaipur-Stanford Knee’, dan pada 6/3/18, Badrolhisham dari jengka 2 adalah pengguna pertama kakipalsu buatan dD dengan……  dDsoket dan Jaipur-Stanford Knee✅

32E99555-32ED-42A5-951A-87198C0D413F

Sekarang, kami import terus sendi lutut ini dari sana. Ia murah dan telah teruji penggunaannya

Soalan-soalan tentang kes atas lutut dan lutut menyebabkan dD memuatnaik sedikit info tentang lutut berkenaan pada 12/4/18…

42D841CD-1B34-46FE-A6BB-43AE5B73AFA8

KEDIDI (dD)

No 14,  Jalan PUJ 1/18, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Waze/ Google maps : dD kedidi

Hubungi 019-2345829 (whatapps/panggilan)            TIADA WAKIL, TIADA AGEN, TIDAK MEMUNGUT DERMA

Maklumat lebih terperinci KEDIDI boleh pergi ke butang ‘MENU’ di atas ‘ABOUT’

 

 

1 thought on “🇲🇾KEDIDI KAKI PALSU. 100% buatan tangan dari Malaysia🇲🇾

  1. Saya dari sabah. Bagaimana mahu dapatkan khidmat tuan?

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close